“Macam Mana Boleh Naik Ramai-Ramai?”, 15 Cedera Tiub Gelongsor Air Taman Tema Pecah

Share

Taman tema merupakan tempat rekreasi yang menjadi pilihan seisi keluarga untuk datang berlibur. Namun, ia juga kadangkala boleh bertukar menjadi tempat yang paling ‘menyeramkan’ sekiranya berlaku kemalangan.

Sudah banyak kes yang kita lihat berlaku di taman tema dek kerana kecuaian pihak pengurusan menyelenggara permainan mereka dengan baik. Terbaharu, seramai 15 pengunjung sebuah taman tema di negara jiran dilaporkan cedera selepas sebahagian tiub gelongsor air pecah ketika orang ramai sedang leka bermain permainan tersebut.

Foto: Kompas.com

Menurut Kompas.com, lapan dilaporkan parah dalam kejadian yang berlaku di Kenjeran Park, Surabaya Indonesia. Permainan gelongsor air itu berketinggian 10 meter dan merupakan antara tarikan utama di taman tema itu.

Laporan awal menunjukkan sambungan tiub gelongsor sebelum itu dikatakan bocor tetapi pengunjung tetap bermain sehingga melebihi had tanpa menghiraukan keselamatan diri. Akhirnya, tiub gelongsor itu pecah dan ketika kejadian terdapat kira-kira 15 orang pengunjung yang sedang bermain.

Foto: Kompas.com

Fuh, seram kan?

Video kejadian itu juga turut tersebar di media sosial dan ramai warganet yang mempertikaikan bagaimana orang ramai boleh menaiki gelongsor tersebut sedangkan ia dikawal oleh petugas taman tema.

@utusantvofficial 8 dilapor parah, 7 cedera ringan. Kejadian di Surabaya, Jawa Timur | 7 MEI 2022 | 1.45 petang WIB. #fyp
#beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Seramai tujuh pengunjung telah dikejarkan ke Hospital Soewandhi akibat cedera ringan, manakala lapan lagi dikejarkan ke Hospital Dr Soetomo gara-gara kecederaan parah.

Pihak berkuasa juga telah mengarahkan agar semua kemudahan awam dan taman permainan di taman tema itu diperiksa supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan terjamin sebelum menaiki apa-apa permainan di taman tema.

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman