Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki fasa ke tiga dan akan berakhir 28 April ini. Berbaki lagi 5 hari sebelum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman baru sama ada PKP ini disambung atau tidak, sudah pasti ada di antara kita tertanya-tanya, mungkinkah PKP akan bersambung atau berakhir sudah.
Masa yang sama semasa PKP ini, sudah banyak syarikat membuat pengumuman akan memotong beberapa peratus gaji pekerja, meminta pekerja mengambil unpaid leave dan paling menyedihkan jika diberi notis pemberhentian kerja.
Namun seandainya nama korang tersenarai antara yang diberhentikan kerja, ini sesuatu yang korang kena tahu ya adakah pembuangan korang itu mengikut undang-undang atau pun tidak.
Peguam Mohamad Nasruddin Ab Rahman, 26 tahun dari Baharuddin Ali & Co berkongsi ilmu mengenai hak pekerja yang perlu korang tahu kalau nama disenaraikan untuk diberhentikan di musim PKP nie.
Baca maklumat yang mungkin boleh korang fahamkan kalau nama tersenarai diberhentikan.
MACAM MANA NAK TAHU SAMA ADA PEMBUANGAN KERJA ITU MENGIKUT UNDANG-UNDANG ATAU TIDAK?
Ads
Majikan ada hak untuk buang pekerja. Itu memang tidak dapat kita dinafikan. Tapi adakah pembuangan kerja itu didasarkan dengan alasan yang adil dan munasabah?
Sepanjang tempoh PKP yang telah dilanjutkan sehingga 28 April ini, sudah ramai daripada kalangan kita yang telah kehilangan pekerjaan mereka.
Dan saya pasti, rata-rata alasan pembuangan kerja yang diberikan kepada pekerja, khususnya dalam keadaan sekarang ataupun pada masa-masa lain:-
a) syarikat sedang mengalami kerugian
b) Jawatan/kerja jadi ‘redundant’.
Sekali imbas, alasan-alasan di atas memang logik. Tetapi sejauh mana kebenarannya dan bagaimana untuk kita tahu alasan yang diberikan betul atau tidak?
Ads
PEMBUANGAN KERJA ATAS ALASAN SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN
Sekiranya anda dibuang kerja dan alasan yang diberikan kepada anda oleh syarikat adalah disebabkan syarikat sedang menanggung kerugian dan perlu kurangkan kos, sila tanya soalan-soalan ini dalam diri anda:-
Betul ke syarikat memang mengalami kerugian?
Jika betul, ada ke bukti seperti penyata akaun syarikat yang menunjukkan kerugian?
Pernah ke dimaklumkan sebelum ini bahawa syarikat sedang mengalami kerugian?
Pernah ke ada apa-apa kaedah penjimatan yang dilakukan oleh syarikat sebelum ini?
Adakah syarikat ada membuat pembayaran-pembayaran lain yang tidak penting?
Adakah elaun pengarah-pengarah (untuk syarikat besar) pada ketika itu ada dinaikkan?
Adakah ada bukti ada perbincangan dalam ahli lembaga syarikat tentang perlunya dilakukan pembuangan kerja sebelum ini?
Adakah syarikat ada mengambil pekerja baru dalam masa terdekat ini?
Jika banyak soalan-soalan di atas berakhir dengan jawapan yang negatif, mungkin anda perlu membuat laporan ke JPP untuk pembuangan kerja secara tidak adil.
Ads
PEMBUANGAN KERJA ATAS ALASAN ‘REDUNDANCY’
Jika majikan anda menamatkan perkhidmatan anda atas alasan kerja anda menjadi ‘redundant’ dan anda sudah tidak diperlukan lagi, sila tanya soalan-soalan ini dalam diri anda:-
Apakah bukti syarikat ada melaksanakan ‘restructuring’?
Selepas pembuangan kerja, adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda masih lagi wujud?
Selepas pembuangan kerja, adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda diambil alih oleh orang lain?
Adakah pihak syarikat pernah berbincang dan berunding dengan anda sebelum ditamatkan perkhidmatan?
Adakah syarikat mengamalkan polisi FWFO (Foreign Worker First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda?
Adakah syarikat mengamalkan polisi LIFO (Last In First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda ataupun syarikat ada polisi lain?
Adakah terdapat apa-apa VSS (Voluntary Separation Scheme) ditawarkan kepada anda sebelum ditamatkan perkhidmatan?
Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang ‘redundancy’ adalah, sekiranya masih ada orang yang melakukan tugas dan fungsi anda selepas anda dibuang kerja, maka ‘redundacy’ tidak berlaku.
‘Redundancy’ yang sebenar adalah tugas, tanggungjawab dan fungsi anda itu memang tidak wujud langsung dan bukannya sekadar jawatan ataupun pangkat.
Jika anda merasakan banyak soalan-soalan di atas perlukan penjelasan daripada majikan anda, maka sebaiknya laporan ke JPP untuk pembuangan kerja secara tidak adil dibuat.
Semoga bermanfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak korang nak buat kuih raya sampai pening sebab terlalu rumit dan tak jadi akhirnya? Nak beli kuih raya dekat luar macam mahal, nak buat sendiri bahan pula tak reti. Macam mana ni?
Apa kata korang buat je kuih raya yang senang nak buat ni, namanya Almond Cluster.
Memang mudah, tak payah bakar dalam oven pun, bahan yang digunakan pun cuma dua jenis saja. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.
Almond cluster, kuih raya paling senang nak buat
Dalam tak planning, dan tak pernah buat jualan untuk raya maka terjadi lah ALMOND CLUSTER. Alhamdullilah rezeki, bahan cuma dua saja.
Bahan:
1kg almond strip/ badam hiris- dibakar atau disangai hingga perang
1kg Beryl’s Milk Chocolate Coin – cairkan dengan kaedah double boil atau menggunakan microwave.
Cara membuat:
1. Selepas badam disangai dan coklat dicairkan biarkankan keduanta sejuk.
2. Kemudian satukan dua bahan ini dalam bekas dan sudu masuk dalam cup atau parchment paper.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dan susun dalam bekas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikenali sebagai Blake mati akibat kanser limfoma.
Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) itu terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan mencari mangsa lemas.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Facebook rasminya memaklumkan, Blake dilaporkan mengidap kanser limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sempat mengikuti raptai sempena sambutan hari kebangsaan yang lalu.
“Selepas disahkan mengidap barah, Blake sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.
“Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar malah barah limfoma yang dikesan pada anjing itu juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar,” katanya.
Menurutnya, hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak serta tiada harapan untuk dipulihkan.
“Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam (18 September 2023) dan disahkan sudah tiada hari ini.
“Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017,”katanya.
Untuk makluman, Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun di Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang individu terbakar akibat perbuatannya sendiri setelah kecewa bekas kekasih mempunyai pengganti baharu.
Dikhabarkan lelaki berusia 28 tahun itu mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus.
Terbaharu, mangsa yang membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Imar Bintong dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita. Walau bagaimanapun, maklumat tentang waktu kematian tidak diberitahu.
Keluarga mangsa telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.
Menurut Wari, lelaki itu pernah beberapa kali cuba untuk membunuh diri di mana kejadian pertama berlaku pada Januari lalu setelah mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan. Pada waktu itu, dia telah berjaya diselamatkan oleh keluarganya.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...