“Macam Mana Tahan Gelak Semasa Babak Aiman Nyanyi?” Zahirah Macwilson Kongsi Rahsia Curi-Curi Cinta

Share

 

Bagi pengikut tegar drama Curi-Curi Cinta, tahniah kerana korang telah menjadikan drama tersebut trending di tangga pertama Twitter semalam!

 

Selama 28 episod drama arahan itu ditayangkan, ramai yang memuji lakonan para pelakonnya terutama Fauziah Nawi, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Cumanya, drama ini menggabungkan elemen sedih / dramatik bersama elemen komedi.

Dan apabila tiba babak komedinya, memang semua penonton akan berdekah ketawa di hadapan kaca televisyen. Jadi bagaimana sebenarnya seorang pelakon boleh tahan gelak sewaktu babak seperti itu?

Zahirah Macwilson yang membawakan watak Intan semalam sempat berkongsi pengalamannya merekod babak Aiman Hakim menyanyi lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) di dalam kereta dalam episod 27 yang telah menjadi viral di media sosial.

“Sebenarnya untuk penggambaran Curi-Curi Cinta ini, produksi menggunakan 1 kamera. Jadi selepas mereka merekod babak Aiman, barulah babak Ira.

“Semasa babak Danial (watak Aiman Hakim) menyanyi, kru telah merekod bahagian Ira terlebih dahulu. Jadi Ira tidak tahu yang Aiman akan menyanyi sebegitu rupa. Abang prop master

yang memandu kereta itu semasa babak Ira, bukannya Aiman. Tetapi semasa babak Aiman pula, Ira perlu ada di dalam kereta kerana perlu feed line kepada Aiman.

 “So yea, itulah rahsia bagaimana Ira tidak gelak semasa babak itu. Tapi jujurnya, semua orang tak sangka dia akan menyanyi seperti itu,” jelasnya lagi sebelum episod akhir drama Curi-Curi Cinta ditayangkan semalam di Astro Ria.

“Kadangkala kami tidak berada di satu tempat semasa babak itu berlangsung. Kami sebagai pelakon perlu bayangkan saja mengikut skrip.”

Ouhh..

Anyway, korang puas hati tak dengan ending Curi-Curi Cinta semalam?

 

Published by
FZ