Satu video yang tular baru-baru di ruangan media sosial ternyata telah mengecewakan ramai warganet termasuklah pelakon drama hit, Projek: High Council, Nadhir Nasar.
Video berdurasi satu minit dan empat saat itu memaparkan beberapa anak muda tempatan di sebuah pusat membeli-belah diajukan dua soalan bagi melihat sejauh mana ilmu pengetahuan am dikuasai oleh mereka.
Anak-anak muda tersebut diminta untuk menamakan figura Lisa Manoban (ahli kumpulan Blackpink) hanya dengan melihat foto pada telefon pintar; dan mereka dengan mudahnya dapat mengenali siapakah gerangan selebriti tersebut.
Bagaimanapun, apabila disuakan dengan foto Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, amat mengecewakan apabila masing-masing gagal menamakan figura penting negara itu dan ada yang tidak mengenali siapakah beliau berdasarkan foto berkenaan.
Nadhir tampil mengekspresikan kekecewaannya apabila menonton video tular tersebut. Menerusi ciapan di Twitter, juara Hero Remaja 2020 itu mempersoalkan sama ada anak muda tempatan benar-benar sudah ‘Merdeka’ atau minda masih dijajah pengaruh asing.
Ads
“Belajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau.
“Betuul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je,” ciapnya baru-baru ini sebelum menambah, “Tweet ini adalah pesanan kepada diri sendiri.”
Belajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau. Betul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je. https://t.co/JHpOwHdpdM
Tinjauan di ruangan komen ciapan itu mendapati majoriti bersetuju dengan pandangan Nadhir dan berharap agar semangat kenegaraan dipupuk dengan lebih berkesan sejak di bangku sekolah.
“OMG ni kalau cikgu sejarah tahu tak boleh jawab, nangis cikgu. Tanpa dia (Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan) kita tak merasa nikmat merdeka sekarang.”
“Memang masih dijajah tapi dengan hiburan dan ketaksuban pada duniawi. Soalan basic pun tak tahu.
Ads
“Kalau untuk content pon, perlu ke macam ni? Tak kelakar la nanti negara lain tengok betapa ceteknya ilmu dan kurang rasa hormat terhadap sejarah negara sendiri. Sedih.”
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atas pengumuman gencatan senjata awal pagi Jumaat tadi, ramai penduduk Gaza yang terlibat dalam perarakan meraikannya dengan sujud syukur di jalanan. Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.
Hal ini bukan sahaja mengembirakan rakyat Gaza malah seluruh umat Islam di serata dunia.
Selepas seminggu menyambut 1 Syawal dan hari raya Aidilfitri, penduduk di Gaza baru sempat menyambut kemenangan mereka ibarat ‘takbir yang tertangguh’, mereka akhirnya turun ke jalanan beramai-ramai sambil bertakbir untuk meraikannya.
Malah trending di laman Twitter dan media sosial dengan tanda pagar #EidWithPalestine. Agensi berita rasmi Palestin, Shehab News Agency memuat naik rakaman-rakaman foto dan video yang memaparkan situasi sorakan kesyukuran tersebut.
Mari ikuti rakaman-rakaman itu di bawah ini.
Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu.
Gaza Is Celebrating ❤️🇵🇸
Ceasefire in effect, in Gaza People Are Cheering Up And Whistling
The People Of Gaza Can Finally Celebrate Eid 10 days Late 🇵🇸🕊️#ceasefirepic.twitter.com/85xqIQuqrz
Alhamdulillah, di hari Jumaat di bulan Syawal ini seluruh umat Islam bergembira menerima berita kemenangan ini. Moga Allah terus lindungi rakyat Gaza dan Masjid Al-Aqsa.
Baru-baru ini, pengguna Twitter dikejutkan dengan satu video viral yang dikongsi oleh Twitter My Crime Watch menunjukkan seorang pekerja kedai di sebuah mall bergaduh dengan pelanggan.
Dalam video berdurasi 1 minit itu menyaksikan pekerja kedai tersebut hilang sabar dan bertindak cuba menyerang pelanggan tersebut kerana merekod videonya sebelum ditenangkan oleh pekerja lain.
Setakat ini, punca kejadian masih lagi dalam siasatan namun ada menjelaskan bahawa pelanggan tersebut hilang sabar kerana tidak dilayan ketika di kaunter bayaran.
Sementara itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang mempertahan pekerja tersebut. Rata-rata mengatakan tentu pelanggan tersebut telah memprovok pekerja tersebut hingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Malah, ada juga yang melahirkan rasa puas hati melihat pekerja tersebut memberikan tindak-balas yang memuaskan hati mereka yang menonton video tersebut.
Dalam pada itu, pelanggan tersebut yang dikenali sebagai Nurshaidah Hamdan kemudiannya menjelaskan di laman Facebooknya mengenai perkara tersebut.
“Ramai yang add akk dari malam semalam sampai hari ini. Maaf akk sibuk ke sana sini. Ramai sangat yang add sampai beratus akibat video viral. Yang concern terima kasih dan alhamdulillah.
“Yang mengutuk pun tu pun terima kasih sebab kalau benda tak betul ia akan berbalik pada awak ya. Lagi awak maki saya lagi kuat semangat saya. Amin.
“Sia pada yang maki-maki saya menuduh saya mencetuskan pergaduhan. ALLAH, takpelah terpulang nak percaya apa yang awak nak percaya. Saya nak cerita pun kes dah settle dengan pihak Ninso yang minta video dipadam.
“Dorang dah minta maaf bagi pihak budak itu jadi tak perlulah saya jelaskan lagi. Selebihnya saya berserah kepada kuasa ALLAH,” tulisnya.
Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih 200 ribu view di laman Twitter.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana kita tahu sebelum ini Ustaz Ebit Lew pergi ke Gaza untuk tujuan misi kemanusiaan, dan rakyat negara ini sedikit panik apabila pendakwah itu langsung tidak memuat naik sebarang perkembangannya di sana sehinggallah beliau memecahkan kekhuatiran orang ramai dengan memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik.
Terbaru, melalui perkongsian dilaman media sosialnya pendakwah bebas ini memberitahu menerima anugerah sebagai Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin.
Dalam status tersebut, beliau meluahkan rasa terharu dan syukur atas penghargaan tersebut.
“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.
Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapa pun. Cuma niat nak menolong sahaja,” tulis beliau.
Ebit memaklumkan, semasa pertemuannya dengan wakil kerajaan Palestin itu, mereka turut berbincang untuk mengadakan program di Palestin pada masa akan datang.
Saya bersetuju bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk projek ‘Cultural Exhibition of Heroism and Sacrifice’. Demi maslahat anak muda remaja di sana. Identiti dan tanah mereka diambil. Berapa banyak telah terkorban. Ada berapa banyak keluarga sudah tiada keturunan mereka. Semuanya syahid.
Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi, ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pendakwah berusia 37 tahun itu kini dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin berlepas ke Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Justeru itu, Ebit Lew berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan misi tersebut berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah…moga Ustaz Ebit Lew terus diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan misi kebajikan beliau.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...