Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, kita sering diingatkan untuk mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial, kerap mencuci tangan dan periksa suhu sebelum masuk ke premis perniagaan.
Terbaru, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini mengumumkan yang mana mereka akan mula menggunakan topi keledar pengimbas suhu untuk mengimbas suhu-suhu penumpang, sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.
Wah, memang canggih….
.
Langkah ini juga dalam usaha memberikan lebih keyakinan kepada pengguna perkhidmatan KTMB, dan pada masa yang sama, memudahkan lagi urusan imbasan dilakukan secara rawak dari semasa ke semasa.
KTMB mengatakan topi keledar ini akan digunakan oleh anggota Polis Bantuan yang sedang membuat rondaan, dan mengesan penumpang bergejala menggunakannya.
𝐊𝐓𝐌𝐁 𝐏𝐞𝐥𝐨𝐩𝐨𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝-𝟏𝟗KTMB baru-baru ini melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan…
Posted by KTM Berhad on Monday, 12 October 2020
Buat masa ini, penggunaan topi keledar ini masih pada peringkat percubaan, dan KTMB akan menilai keberkesanan penggunaannya.
Pihak KTMB tidak mendedahkan model yang digunakan tetapi ia menyerupai topi keledar yang dikeluarkan oleh Kuang-Chi Technology untuk polis di China sejak Februari lalu. Di China topi keledar dengan teknologi terimbuh ini mampu mengimbas suhu dari jarak 5 meter, membaca kod QR, dilengkapi sistem pengecaman wajah dan menyokong 5G. Selain China dan Malaysia, India turut memperkenalkan “Robocop” pengimbas suhu untuk mengawal penularan Covid-19.
Bagus betul ada teknologi macam ni, admin pun teruja. Rasa macam cerita “Robocop”, bila robot tu scan banda yang dia lihat. Hebat betul!