Entah secara tiba-tiba, nama Isabella Guzman kembali menjadi topik perbualan netizen di seluruh dunia.
Sekali imbas, mungkin netizen sedang bercakap tentang rupa paras remaja perempuan itu yang comel.
Hakikatnya, Isabella kini sedang menjalani perbicaraan di mahkamah atas pertuduhan membunuh ibunya!
Isabella, 25 berdepan dengan pertuduhan itu setelah bapa tirinya, Ryan Hoy menjadi saksi kepada kejadian tersebut. Bertempat di rumah mereka di Colorado, Amerika Syarikat, dia menemui Isabella yang sedang memegang sebilah pisau di dalam pintu bilik air rumah mereka.
Isabella tanpa berkata apa-apa terus berjalan keluar dari situ.
Pihak polis telah menemui ibu Isabella, Yun-Mi Hoy terbaring di lantai dengan kesan tikaman pada muka dan leher dan bersebelahan dengan sebatang kayu besbol.
Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati Yun-Mi telah ditikam sebanyak 79 kali (!) iaitu 31 kali pada muka dan 48 kali pada bahagian leher. Isabella yang tidak berjaya melarikan diri terus didakwa atas cubaan membunuh ibunya.
Walaupun telah melakukan jenayah berat itu terhadap ahli keluargnya sendiri, Isabella langsung tidak menunjukkan sebarang tanda sesal pada wajahnya, malah dilihat senyum pada kamera serta melakukan beberapa aksi comel yang menarik perhatian netizen.
Ramai juga yang mengaitkan Isabella dengan karakter Harley Quinn daripada filem Suicide Squad dan juga model, Gigi Hadid.
Keputusan mahkamah mendapati Isabella Guzman tidak bersalah setelah dia membuat perakuan gila (insanity plea).
Ia adalah berdasarkan tinjauan hakim terhadap keputusan pemeriksaan mental remaja itu. Kini, Isabella dilaporkan akan dimasukkan ke Colorado Mental Health Institute di Pueblo dan didiagnos dengan simptom Paranoia Schizophrenia.
Dia juga mungkin akan menghabiskan keseluruhan hidupnya di sana.
Hish, macam-macam ya kes!