Jujurnya, apabila bercakap mengenai soal pembiayaan kepada golongan remaja semuda anda semua, ramai yang memilih untuk tidak terlibat dalam perbualan tersebut. Rata-rata terus memikirkan tentang pembayaran ansuran bulanan yang perlu mereka langsaikan dalam tempoh yang singkat.
Bagaimanapun, apa yang ramai antara korang tidak sedar adalah bagaimana konsep pembiayaan kewangan ini sebenarnya menguntungkan pembiaya sekiranya ia dilakukan secara konsisten dan mengikut kemampuan peribadi.
Contoh terdekat yang kami ingin petik di sini adalah Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB-i). Pembiayaan ASB-i ialah unit amanah harga tetap yang ditawarkan khas kepada Bumiputera Malaysia yang layak dengan pelaburan sehingga RM200,000. Bergantung kepada kemampuan membayar ansuran bulanan, anda juga boleh menetapkan jumlah pelaburan mengikut kemampuan serendah RM48 sebulan bagi tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
Jumlah pelaburan sebagai simpanan masa depan ini juga memudahkan Bumiputera Malaysia untuk melabur dengan selamat, tanpa ragu dan tidak semestinya perlu mengeluarkan modal permulaan yang banyak demi mendapat pulangan.
Haa, sekarang barulah anda tidak merasa takut sangat apabila ingin memulakan pelaburan, bukan?
Justeru, tahun demi tahun anda akan melihat jumlah pelaburan tersebut semakin meningkat termasuklah dengan jumlah dividen tahunan yang diperolehi secara konsisten dan dikreditkan ke dalam akaun anda.
Tapi ingat! Usah teruja sangat untuk mengeluarkan sejumlah dividen itu untuk kegunaan segera. Biarkan ia ‘terlabur’ ke dalam akaun Pembiayaan ASB-i anda agar jumlah yang ada terus meningkat naik.
Lebih banyak modal pelaburan, lebih tinggi pulangannya! Mudahlah nanti untuk korang membeli rumah dan membiayai ahli keluarga terutamanya anak-anak, satu hari nanti.
Bagi remaja yang masih belum memiliki akaun ASB-i, jangan risau. Anda bukannya terlalu muda untuk memiliki akaun Pembiayaan ASB-i atau bagi yang sudah ‘terlajak’ sedikit, anda masih sempat untuk membuka akaun.
Lebih menarik lagi, permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian menerusi aplikasi MAE, terbuka untuk pengguna akaun Maybank sedia ada atau pun tidak. Semudah memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar anda dan voila! – boleh terus memohon. Permohonan juga boleh dilakukan di laman web Maybank2u.
Berkenaan faktor risiko pembiayaan yang ditanggung oleh pelabur pula, pembiayaan ASB-i menerusi Maybank ini sebenarnya merupakan salah satu antara yang paling selamat.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi Maybank (MAE) atau laman web Maybank2u dengan 6 langkah mudah untuk memohon Pembiayaan ASB-i.
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi MAE.
Langkah 2: Tekan ‘Apply’ ikon di atas dan pilih ‘Apply Online’
Langkah 3: Tatal ke bawah dan tekan ikon ‘Loans’ dan pilih ‘ASB Financing-i’
Langkah 4: Isikan butiran peribadi anda sehingga lengkap.
Langkah 5: Tekan ‘Confirm’.
Langkah 6: Muat naik dokumen anda dengan jelas untuk permohonan ini
Langkah 1: Login laman web Maybank2u
Langkah 2: Klik ‘Apply’ pada tab di atas dan pilih ‘Loans’
Langkah 3: Tekan ‘Apply Now’ di bahagian ‘Maybank ASB Financing/-i’
Langkah 4: Isi nombor akaun ASNB dan maklumat diperlukan
Langkah 5: Tekan ‘submit’ dan muat naik dokumen diperlukan
Bagi anda yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai pembiayaan ASB-i menerusi Maybank ini, anda boleh melayari laman web www.maybank2u.com.my atau kunjungi platform media sosial Maybank di Facebook, YouTube dan Instagram.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.