Isi Kandungan
ToggleSelalu kita dengar dalam dunia ini katanya ada tujuh orang yang mukanya seiras, tetapi tidak pula dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak. Namun, hal ini juga tidak dinafikan kerana memang ada individu yang wajahnya seiras dengan orang lain.
Betul tak?
Golongan selebriti juga tidak kecuali, kerana ada diantara selebriti yang seiras dengan selebriti lain. Tak percaya? Jom kita lihat antara selebriti Korea yang wajahnya hampir sama.
1. Yoona Girls’ Generation & Krystal f(x)
2. Irene Red Velvet & Taeyeon Girls’ Generation
3. Yoon Jisung Wanna One & Jeong Jinwoon 2AM
4. Jisoo Blackpink & Eugene S.E.S
5. Kim Go Eun & Park So Dam
6. Jungkook BTS & Sungjin DAY6
7. Kim Woo Bin & Hong Jong Hyun
8. Lee Won Geun & L Infinite
9. Park Shin Hye & Ryu Hwa Young
10. Nam Joo Hyuk & Lee Jung Shin CNBLUE
Ha, amacam? Sama tak? Hiks!
Sumber: (1)
Saintis Muda Malaysia Juara Komunikator Sains Terbaik Dunia Di FameLab International 2018
Baru-baru ini, seorang saintis muda Malaysia, Dr. Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara dunia di pertandingan FameLab International 2018, United Kingdom.
Dr. Siti Khayriyyah bersaing dengan 11 lagi finalis dari pelbagai negara antaranya Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara di peringkat akhir. Kepetahannya dalam pembentangan berkenaan penggunaan pasangan antibody-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.
FameLab International merupakan pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains secara kreatif dan penyampaian mudah untuk difahami oleh penonton dalam masa tiga minit saja.
Pertandingan ini telah berlangsung sempena Pesta Sains Cheltenham pada 7 Jun lalu. Dr. Siti Khayriyyah yang juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia sebelum ini telah memenangi saingan FameLab di peringkat kebangsaan setelah menewaskan Sembilan orang saintis muda tempatan, dan seterusnya melayakkan beliau mewakili Malaysia pada saingan peringkat akhir ini.
Kejayaannya ini turut mendapat perhatian Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Maszlee Malik yang juga bangga dengan kejayaan beliau.
Wow, serious hebat. Bayangkan kalau kita nak buat presentation depan lecturer pun dah ketar, ini pula di peringkat antarabangsa. Apa-apa pun kami ucapkan tahniah buat Dr. Siti Khayriyyah dan semoga kejayaannya menjadi inspirasi buat anak muda Malaysia.
Sumber: Majalah Sains
Aamir Khan Umum Rehat Berlakon, Mahu Luangkan Lebih Masa Bersama Keluarga
Bagi peminat naskhah Bollywood, pasti mengenali bintang popular seorang ini. Membesar dengan setiap naskhah jejaka bertubuh sasa ini semestinya akan memuji setiap gerak geri hebat menerusi karakter yang dimainkannya.
Terbaharu, pelakon terkenal, Aamir Khan, membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan untuk meluangkan masa lebih banyak masa bersama keluarga tercintanya.
Perkhabaran tersebut didedahkan pelakon filem popular 3 Idiots itu, semasa tayangan perdana filem Salaam Venky, pada Rabu. Pelakon itu yang dalam perancangan menerbitkan sebuah filem turut memaklumkan telah menarik diri sebagai watak utama dan kini sedang mencari aktres yang sesuai bagi menggantikan tempatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Mantap Aamir Khan Sentuh Hati Penonton Dalam Laal Singh Chaddha
Menurut laporan portal NDTV Movies, Aamir bagaimanapun akan membuat kemunculan semula selepas setahun ‘berehat’. Ini kerana, superstar itu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dirinya sering menimbulkan kekesalan apabila tidak banyak masa bersama anak-anaknya ketika mereka membesar.
“Saya tidak buat apa-apa, saya pun sudah lama bekerja. Jadi, pada waktu ini saya mahu meluangkan masa bersama keluarga. Namun, saya akan kembali berlakon selepas setahun.
“Bagaimanapun, anda semua boleh menonton saya dalam filem Saalam Venky ini yang berperanan membawa watak kecil menerusi naskhah ini,” katanya.
Sekadar informasi, lakonan terakhir Aamir Khan menerusi filem berjudul Laal Singh Chaddha, lakonan bersama bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapor. Namun begitu, naskhah berkenaan kurang mendapat sambutan sehingga dia terpaksa menanggung kerugian.
Filem tersebut ditayangkan pada Ogos lalu dan hanya meraih jumlah kutipan sebanyak kira-kira RM33 juta.
SUMBER FOTO: Instagram Fanpage Aamir Khan
As’ad Motawh & Alyssa Dezek Antara Penyeri Video Muzik Sulung Resorts World Genting
Resorts World Genting (RWG) yang merupakan salah sebuah pusat peranginan bersepadu yang paling menarik di Asia, telah mengorak langkah penuh bergaya di tahun baharu dengan kemunculan sulung video muzik baharu, ‘Welcome to My World!’
Lagu yang dicipta untuk menyemarakkan lagi keterujaan dan mengalu-alukan para pengunjung ke pusat peranginan itu menampilkan artis-artis tempatan terkenal seperti Zee Avi, Jestinna Kuan, Nana Sheme, As’ad Motawh serta Alyssa Dezek, yang turut menyampaikan lagu itu secara langsung di majlis pelancaran yang diadakan, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Flight Delay?’ Anda Berhak Tuntut Pampasan Jika Penerbangan Ditunda Atau Batal
“Sejak berdekad lamanya, para pengunjung pelbagai generasi – dari Malaysia dan luar negara – telah mengenali dan jatuh cinta kepada RWG yang tiada tempat lain yang seumpamanya.
“Kami sentiasa proaktif dalam memperbaharui dan menambah baik pusat peranginan kami untuk memberikan pengalaman baharu kepada para pengunjung kami,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran di Genting Malaysia Berhad.
Selain itu, sebahagian daripada kempen ‘Welcome to My World’ adalah untuk memberikan para pengunjung satu perasaan yang mana dunia RWG adalah milik mereka dan boleh memanggilnya sebagai ‘My World’. Melalui kempen ini juga, RWG juga turut mempromosikan pengalaman untuk semua pengunjung di Taman Tema Genting SkyWorlds yang baru dibuka.
Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati tarikan-tarikan lain seperti Taman Tema Tertutup Skytropolis, Ripley’s Adventureland, Vision City Games Park dan BigTop Video Games Park.
Untuk menikmati pengalaman yang sepenuhnya, para pengunjung boleh menjamu selera di pelbagai restoran yang unik di RWG, membeli-belah di pelbagai kedai-kedai yang tersedi dan bermalam di rangkaian hotel RWG.
Pusat peranginan ini juga menawarkan persembahan secara langsung bertaraf dunia, acara-acara ikonik dan juga laluan denai semula jadi – semua ini terletak di 6,000 kaki dari aras laut.
Dengan adanya penawaran yang menyeluruh bagi semua lapisan umur, pastinya ada sesuatu yang menarik bagi setiap individu di RWG. Rancanglah percutian ke RWG bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Saksikan video muzik baharu ini di rwgenting.com atau laman YouTube rasmi Resorts World Genting.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.