Sukan permotoran sememangnya mengalir dalam darah kerabat diraja Johor biarpun sukan yang selalu dikaitkan dengan mereka adalah polo, golf dan bola sepak.
Sejak era pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar lagi yang pernah berlumba dalam jentera Mercedes-Benz 540K Special dalam kejohanan Grand Prix Johor pada tahun 1960 lagi, minat tersebut terus mekar dalam susur-galur keluarga diraja itu.
Biarpun Almarhum pernah menyatakan hasratnya agar cucunya tidak terlibat dalam sukan permotoran kerana baginda sendiri pernah kehilangan ramai rakan akrabnya menerusi sukan tersebut, namun salah seorang daripada cucunya iaitu YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan ibrahim tetap teguh dengan minatnya itu.
Kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam perlumbaan GT World Challenge Australia di Litar Sandown, Melbourne kelmarin telah menarik minat rakyat untuk mengenali keperibadian pelumba ini dengan lebih dekat.
Kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia itu dengan mengutip 105 mata, pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di litar The Bend Motorsport Park, Australia Selatan pula pada 14-16 Oktober ini.
Tunku Abdul Rahman berpasukan dengan Shane Van Gisbergen berjaya mengemudi jentera Mercedes-AMG GT3 untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua.
Terdahulu, Tunku Abdul Rahman melakukan debut pada tahun 2019 bersama Johor Motorsports Racing bersama pelumba tempatan, Jazeman Jaafar. Mereka turut bersaing dalam kejohanan Blancpain GT World Challenge Asia Series pada tahun yang sama.
Putera diraja berusia 43 tahun ini mula mencintai sukan permotoran disebabkan keluarganya sendiri. Bapa angkat dan pakcik Putera Carl, Putera Bertil pernah bergelar pelumba pada era 1930-an namun menggunakan nama samaran Monsieur Adrian pada waktu itu demi mengelakkan perhatian.
Ayahanda Putera Carl, Raja Carl XVI Gustaf juga berkongsi minat yang sama dengan mempunyai koleksi kereta lumba dan baginda sentiasa menyokong minat anaknya ini dalam setiap perlumbaan.
Putera Carl melakukan debut dalam sukan permotoran pada tahun 2008 bersama-sama jenama Porsche.
Pada tahun 2010, beliau memiliki kejayaan pertamanya dalam Porsche FT3 Endurance Scandinavia dan sejak itu, Putera Carl mengecapi tujuh lagi kemenangan sehingga tahun 2016 di bawah nama Carl Philip Bernadotte. Pada tahun berikutnya pula, beliau bertanding dalam GT Series Sweden pula dengan memperolehi tempat kedua.
Di luar trek, Putera Carl terus cemerlang dalam menggalakkan lebih ramai remaja terlibat dalam sukan permotoran. Sejak 2013, beliau telah menubuhkan kejohanan Prince Carl Philip Racing Cup bagi mencungkil bakat pelumba go-kart muda.
Tidak cukup rasanya satu nafas untuk menyebut nama penuh putera kacak ini, hehe. Lebih dikenali sebagai Ferdinand Habsburg dari kerabat diraja Austria, beliau merupakan seorang pelumba yang pernah bertanding dalam kejohanan seperti Eurocup Formula 2.0 dam Euroformula Open.
Impian peribadinya adalah untuk berlumba pada peringkat Formula One dan tidak mustahil ia boleh direalisasikan. Ini kerana keluarga Ferdinand berkata beliau begitu berdedikasi dalam memperbaiki skil permotorannya. Baru-baru ini, Ferdinand dan pasukan lumbanya, Prema Racing telah memenangi perlumbaan ketiga bagi musim European Le Mans Series.
Fakta menarik mengenai Ferdinand adalah bukan saja anak raja ini kacak dan hebat berlumba. Beliau turut mempunyai hati murni dalam membantu rakyat memerlukan seperti sewaktu pandemik Covid-19. Ini berikutan latar belakangnya yang pernah bergelar ahli tentera Austria sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Putera Diraja Denmark Pilih Bidang Peragaan, Pewaris Takhta Ini Jadi Buruan Jenama Mewah – REMAJA
BACA LAGI : Pemain Baharu JDT, Jodi Amat Rupa-Rupaya Berdarah Diraja Indonesia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.