Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.
Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Ads
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.
Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Ads
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Ads
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.
Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat – bukan setakat di Britain malah di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa orang pengarah terkenal dan produksi filem serta drama bersiri mula memilih Puteri Diana sebagai subjek utama dalam projek biopik mereka.
Sebagai contoh, Naomi Watts pernah membawa watak tersebut dalam filem Diana (2013) yang memfokuskan kepada hubungan di antara beliau dan pakar bedah jantung, Dr Hasnat Khan serta Dodi Al Fayed yang pernah bergelar teman istimewa Diana.
Secara peribadinya, penulis tidak merasakan Naomi mempunyai fizikal mirip mendiang. Malah lakonannya juga terasa seperti dipaksa dan tidak natural.
Kemudian pada tahun lalu, Emma Conrin mencuri perhatian apabila musim keempat siri Netflix, The Crown menemui penonton setelah hype luar biasa diberikan sepanjang tahun 2020. Emma dilihat sebagai pilihan yang tepat sebagai Puteri Diana memandangkan dirinya bukanlah seorang pelakon yang ‘terlalu popular’ di luar radar industri hiburan Britain.
Sejak episod pertama hinggalah ke episod terakhir, penulis beranggapan personaliti dan pembawakan Emma berjaya menunjukkan sisi Puteri Diana yang terasing daripada keluarga diraja Britain.
Ada masanya dengan bantuan penata gaya, jurusolek dan jurudandan, Emma sememangnya kelihatan persis Puteri Diana. Namun demi menambah rencah drama, lakonannya sebagai Diana adakala terasa overdone.
Kini, tumpuan terarah kepada Kristen Stewart yang menamatkan penggambaran filem Spencer sebagai Puteri Diana.
Beberapa foto di sebalik tabir dari filem arahan Pablo Larrain (Jackie, 2016) ini telahpun mula tersebar di Instagram dan imej Kristen saling tidak tumpah seperti mendiang semasa beliau masih muda!
Dalam foto tersebut, Kristen menyarungkan jaket merah, blaus hitam dan aksesori topi dengan perincian veil – mirip stail Puteri Diana dalam kehidupan sebenarnya. Kristen juga menggakan stail rambut signature Diana dan ia membuatkan ramai warganet semakin tidak sabar untuk menantikan filem tersebut.
Untuk pengetahuan, Spencer menggambarkan kehidupan Dianaa sekitar tempoh percutian pada tahun 1991 di mana beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian daripada Putera Charles.
Ia adalah momen yang akan mengubah kehidupan Diana dari segi emosi, fizikal dan bagaimana beliau berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang lama.
Spencer bakal ditayangkan pada bulan November tahun ini.
Jom lihat trailer pertama filem ini, tak sabar rasanya untuk menantikan lebih banyak trailer Spencer yang akan datang dengan lebih banyak dialog oleh Kristen.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan akhir Mac lepas, nama Gardenia sering disebut-sebut netizen kerana jualan roti tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia.
Ramai yang berkongsi video di media sosial menunjukkan bahawa rak roti Gardenia telah kosong dalam beberapa minit sahaja, malah ada juga insiden rebut-merebut untuk gara-gara sebuku roti.
Memang dahsyat penangan Gardenia ni kan?
Disebabkan itu, seorang pemuda telah mengambil inspirasi untuk menghasilkan lukisan tangan dengan tema Gardenia pada sebuah kasut Nike.
Video penghasilan lukisan tangan ini turut dikongsi dalam laman YouTube uglyTv. Seni kreatif yang dimiliki oleh akeemxx ini bukan hanya kepada bidang lukis tangan, namun lelaki ini juga berbakat dalam seni graffiti.
Memang kreatif dan berbakat, korang juga boleh membuat tempahan daripada akeemxx, jika berminat dengan hasil tangan beliau.
ParkBom yang merupakan bekas main vocalist kumpulan kpop terkenal 2NE1 dan kini penyanyi solo; baru-baru ini telah menarik perhatian peminat.
Penyanyisoloitu telah menghadiri konsert“2022Popstival”dibandarManilapadahariJumaat, 21Oktober 2022 yang lalu.Dia turut mempersembahkanbeberapasirilaguhitnyatermasuk“Fire”,“Spring”dan“YouandI”.
Namun, usai satu video yang telah tular dirakam oleh peminatnya melalui Tiktok, dia telah menerima pelbagai reaksi mengenai penampilannya, terutama berat badannya yang naik secara drastik.
Seperti yang korang lihat dalam klip TikTok di atas, bintang berusia 38 tahun itu dilihat memakai gaun hitam dengan aksesori rantai manik minimum yang melengkapkan penampilannya. Peminat teruja melihat Park Bom membuat persembahan secara langsung di atas pentas. Namun, ramai yang merasa bimbang tentang kesihatannya.
Menerusi tangkap layar di ruangan komen TikTok tersebut, ramai peminat berasa terkejut kerana berat badannya naik secara drastik berbanding penampilannya tahun lepas.
Terdapat juga peminat lain yang turut meminta netizen agar berhenti bertanya mengenai penampilan penyanyi itu dan seharusnya menyokongnya.
Terdahulu pada Januari 2021, bekas ahli 2NE1 itu mengumumkan bahawa dia telah kehilangan 11kg daripada 70kg selepas melakukan diet Juvis yang terkenal.
Park Bom didiagnosis dengan Attention Deficit Disorder (ADD)?
FOTO: Canva
Bekas wartawan hiburan dan kini YouTuber Lee Jin-ho, menjelaskan isu tersebut dalam sebuah hantaran di halaman YouTubenya pada 24 Oktober yang lalu. Dia berkata bahawa Park Bom telah didiagnosis dengan Attention Deficit Disorder (ADD) yang menyebabkan penyanyi tersebut tidak dapat mengawal tabiat pemakanannya.
YouTuber itu juga berkata,
“Saya telah bertanya secara langsung kepada YG Entertainment, dan mereka juga mengakui sukar untuk mengawal Park Bom. Lebih-lebih lagi apabila tertekan, Bom akan makan apa sahaja yang diingini dan disebabkan itu dia sukar untuk menjaga berat badan. Bukan hanya berat badan, Park Bom juga seorang yang tidak kisah akan fesyen yang digayakan oleh nya.”
Lee Jin-ho turut meluahkan kebimbangan dan menjelaskan, “Berat badan Park Bom telah mendadak naik selepas kemunculan nya pada Julai dan Ogos yang lalu. Ramai yang risau akan keadaan beliau yang mungkin menghadapi masalah yang mencetuskan rasa stress buat dirinya.”
Agensi menafikan dakwaan masalah kesihatan
Untuk menghentikan sebarang spekulasi daripada peminat, baru-baru ini agensi Park Bom iaitu D-Nation telah memberi respons bahawa penyanyi tersebut sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan.
“Park Bom tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Dia hanya naik berat kerana sudah lama tidak aktif. Dia sekarang sedang mengamalkan diet.”
Untuk pengetahuan korang, dalam beberapa bulan terakhir ini Park Bom memang tidak seaktif artis K-pop lainnya. Terakhir kali dia membuat persembahan adalah ketika semua anggota 2NE1 bergabung di atas panggung Coachella 2022 pada bulan April yang lalu. Sebelum penampilannya di Coachella 2022, Park Bom telah mengeluarkansinglebertajuk“Flower”yangmenampilkanKimMinSukdariMeloMance.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...