Penyanyi terkenal, Mahalini yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi, Rizky Febian dikhabarkan bakal memeluk Islam menjelang hari perkahwinan mereka.
Hal itu dimaklumkan sendiri oleh pelawak terkenal, Sule iaitu bapa kepada Rizky Febian melalui saluran Youtube SL Media.
Sule berkata, bahawa calon menantunya, Mahalini Ayu Raharja sudah mendapat keizinan untuk memeluk agama Islam selepas melakukan upacara Mepamit di Bali, Indonesia pada 5 Mei.
Menurut Sule, upacara Mepamit ini dilakukan untuk meminta izin keluarga untuk berpindah agama. Sekaligus, keluarga lelaki datang meminta izin untuk meminang bakal pengantin wanita.
“Alhamdulillah guys semua sudah selesai jadi ini tuh acara Mepamit. Pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya Lini bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan,” kata Sule.
Sule menjelaskan, majlis pernikahan dan resepsi Mahalini dan puteranya, Rizky Febian akan dilakukan mengikut cara Islam dan akan diadakan di Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat sama ada pada 8, 9, atau 10 Mei ini.
Ujar Sule, “Lini juga sudah diperbolehkan menikah secara agama kami nanti di Jakarta”.
Sebelum ini, terdapat isu perbezaan agama menjadi polemik selepas tiada pengesahan mengenai pernikahan antara Mahalini dan Rizky yang dikatakan tidak sah kerana kedua-duanya berbeza agama.
Sekadar info, pasangan ini telah menjalin hubungan cinta lebih dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.