Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian dilaporkan telah selamat disatukan sebagai suami dan isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di hotel di Jakarta, Indonesia, tadi.
Berita gembira tersebut itu dikongsikan penyanyi lagu popular Hingga Tua Bersama itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, SAH!” coretnya ringkas.
Menerusi beberapa perkongsian foto tersebut, pasangan ini sama cantik dan padan mengikut busana adat Sunda berona putih.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan perasaan teruja selain tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan dua merpati sejoli itu.
“Alhamdulillah, barakallah & geklin. Bahagia selalu, selamat menjalani ibadah terpanjang,” komen seorang pengikut.
“Happy wedding day
aiky liniii! So happy for both of you, samawa bahagia selaluuu. Selamat bermuara,” komen juga pengguna lain.Pada Ahad lalu, pasangan ini mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan.
Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini Sah Peluk Islam, Bakal Disatukan Bersama Rizky Febian Esok
Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat Bali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mahalini