
Penyanyi terkenal dari seberang, Mahalini Raharja yang bakal melangsungkan pernikahan bersama penyanyi popular, Rizky Febian, Rabu ini telah sah memeluk agama Islam.
Perkara ini disahkan oleh bapa Rizky yang juga pelawak terkenal, Sule menerusi saluran YouTube SL Media miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini Bakal Peluk Islam Sebelum Majlis Perkahwinan
Penyanyi lagu popular Terpisah Jarak Dan Waktu itu berkata, Mahalini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya untuk memeluk Islam.
“Lini (Mahalini) sudah diizinkan keluarganya. Dia sudah mendapat restu daripada orang tuanya dan keluarga,” katanya.
Proses pelantun lagu Mati-Matian itu bergelar mualaf perlu dibuat sejajar dengan peraturan di Indonesia yang menetapkan setiap pasangan bernikah berdasarkan ajaran agama yang sama.
Selain itu, Sule turut menjelaskan, dia menyedari persoalan masyarakat yang meragui status agama Mahalini sebelum berkahwin dengan anaknya.
Terdahulu, tular berita mereka di media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali di kediaman keluarga Mahalini di Denpasar, Bali.
Sule berkata, upacara dinamakan ‘mepamit’ ini menandakan bahawa Mahalini sudah memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga.
Sekadar informasi, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mahalini
Badan Mantap 6 Packs, Tapi Bolehkah Lelaki Ini Berjalan Sepanjang Sungai TERPANJANG Asia?

Ini bukan biashe-biashe. Ini melibatkan perjalanan melebihi 6000 kilometer dengan – err – berjalan kaki.
Hanya berbekalkan 36 kilogram makanan di dalam beg galasnya dan dengan memakai kasut terbaik, lelaki Inggeris berusia 30 tahun, Ash Dykes telah mencabar dirinya untuk satu misi yang dianggap ‘gila’.
Dia ingin menjadi orang pertama yang berjalan sepanjang terpanjang di Asia iaitu sungai Yangtze.

Untuk pengetahuan korang, sungai Yangtze terletak di negara China dan juga merupakan sungai ketiga terpanjang di dunia. Sungai ini AMATLAH panjang, sehinggakan ia mampu mengalir merentasi 6 buah bandar di China iaitu Chongqing, Shanghai, Yibin, Jingzhou, Luzhou dan Panzhihua!
Justeru, Ash dengan kerjasama saluran National Geographic telah merakamkan pengalaman dirinya berjalan sepanjang 6,437 kilometer. Cabaran ini memerlukan kira-kira 8 juta langkahan kaki dari pergunungan Tibet sehingga ke persisiran pantai di Laut China Timur dekat Shanghai.
Pergh, jarak dari Kuala Perlis ke Johor Bahru pun baru mencapai 805 kilometer. Ash mencabar dirinya untuk berjalan kaki 8 kali ganda daripada jarak utara-selatan Semenanjung Malaysia!
Ia membuatkan kami tertanya-tanya, siapakah Ash Dykes ini sebenarnya?
Ashley Philip Dykes dilahirkan pada 1 November 1990 dan merupakan seorang atlet sukan ekstrem, pengembara, penulis buku, penceramah motivasi dan merupakan pemegang rekod Guinness Book of Records sebanyak tiga kali. TIGA kali!
Kali pertama Ash menempah rekod dunia adalah pada tahun 2014 apabila dia menjadi individu pertama yang berjalan secara solo merentas Mongolia. Pada tahun 2016, dia telah merentas kepulauan Madagaskar pula (termasuk ke dalam hutan tebal dan mendaki 8 buah gunung) dalam masa 155 hari.
Jadi, tidak hairanlah apabila Ash sanggup untuk berjalan sehingga 6,437 kilometer di China pada kali ini.

Sebagai seorang atlet sukan ekstrem, tahap fizikalnya berada pada kondisi terbaik.
Mantap dengan ‘6 packs’ pada bahagian abdomen dan keseluruhan badan yang ingin dimiliki oleh ramai lelaki, Ash sudah biasa mencabar diri sehingga titisan peluh terakhir.
Bagaimanapun, cabaran di China pada kali ini bagi Ash lebih daripada sekadar memperolehi satu lagi rekod dunia.
Sepanjang ekspedisi 352 hari berjalan di sungai Yantze, dia telah menemui pelbagai puak masyarakat tempatan China, hidupan liar dan macam-macam cabaran selain fizikal.
“Saya dihentikan oleh polis, diikut rapat oleh serigala dan berdepan dengan bencana seperti tanah runtuh.
“Apabila saya melihat semula perjalanan saya di sungai Yantze, sebenarnya cabaran berjalan itu bukan lagi misi utama saya. Ia telah membuka mata saya melihat keindahan alam, keunikan budaya dan keramahan masyarakat di sini. Ini adalah faktor yang memberi saya semangat untuk tiba ke Shanghai,” katanya.

Korang boleh menonton ekspedisi Ash Dykes ini menerusi dokumentari 2 episod berjudul Walking the Yantze with Ash Dykes di saluran National Geographic. Episod pertamanya telahpun disiarkan semalam dan episod kedua pula akan menyusul pada 27 Oktober ini.
Namun, korang masih boleh menantikan siaran ulangan episod pertama ya. Seriously, this is one heck of a documentary which you need to watch.
Euro Fun Park Berpindah Ke Shah Alam, Ini 6 Tarikan Mesti Naik Menurut Pengunjung Tetap!

Isi Kandungan
Toggle
Selepas remaja di Lembah Klang terutamanya di Gombak dan Ampang puas merasai pengalaman di Euro Fun Park, kini tiba masanya untuk kami di Shah Alam pula!
Kelmarin merupakan malam pembukaan untuk karnival funfair terbesar di Malaysia ini. Dibuka setiap hari sehingga 5 Mei kelak, ada sebab mengapa ramai di kalangan korang yang menanti-nantikan kedatangan Euro Fun Park di kawasan masing-masing.
Jom kita lihat 6 rides paling happening yang perlu korang cuba, menurut pengunjung tetapnya.
01
Challenger
Kami sarankan untuk korang tak makan sejam sebelum menaiki ride ini kerana – hhm – tahu kan apa yang akan terjadi?
Challenger adalah mainan berpusing 360 darjah yang mencabar pemainnya untuk naik ke atas udara dan berpusing ke kiri, kanan, atas…dah segala angle yang ada.
Radar Seram: 4/5
02
Sky Rider
Sama seperti yang korang pernah naiki di Genting Highlands dahulu atau di MAPs Perak, Sky Rider adalah buaian wajib naik untuk pengunjung. Selalunya mereka menjadikan Sky Rider sebagai ride pertama di Euro Fun Park.
Appetizer lah kononnya.
Radar Seram: 2/5
03
Vortex
Okay, secara peribadi penulis sendiri kecut perut nak naik ride yang satu ni. Mungkin kerana ia dinaiki oleh jumlah pengunjung yang sedikit pada satu-satu masa.
Vortex berpusing 360 darjah seperti roda di udara. Sambil itu, ‘buaian’ korang pun turut sama berpusing.
Radar Seram: 4.5/5
04
Dodgem Car
Umpama bumper car tetapi dengan muzik yang lebih best dan lampu yang fuhh. Pastikan kawan korang ambil gambar dan video banyak-banyak ketika di Dodgem Car kerana gambar mesti cantik untuk posting di Instagram nanti.
Radar Seram: 2/5
05
X Coaster
Bagi yang dah lama tak naik roller coaster, korang akan rasa thrill bila menaiki X Coaster. Walaupun tak berapa tinggi dan laju tetapi ia berpusing sambil berjalan!
Radar Seram: 3/5
06
Frightmare
Macam mana agaknya rupa hantu Eropah? Dracula, Vampire atau Frankenstein? Kenalah masuk baru kecut, hehe..
Radar Seram: 3/5
Ramai selalu confuse dengan sistem tiketnya. Senang je, tiket masuk untuk dewasa adalah RM4 seorang, manakala kanak-kanak RM2 seorang. Nak masuk murah, tapi kalau korang nak cuba setiap ride kena bayar melalui token yang dijual di pondok.
Setiap ride mempunyai harga berbeza. Tapi bagi penulis ia tak adalah mahal mana pun. Paling mahal adalah Vortex iaitu RM16 seorang, paling standard untuk rides lain, RM10.
Apa-apa pun, jumpa korang malam ni (dan malam-malam seterusnya) okay.
Tiket Untuk Dimenangi Ke Nights of Fright 7, Dah Sedia Nak Menjerit?

Isi Kandungan
Toggle
Ada ke orang yang sanggup lakukan countdown sebelum malam Sunway Lagoon Nights of Fright pada setiap tahun, termasuklah kami di REMAJA!
Nights of Fright 7 (NOF7) akan bermula dari 4 Oktober hingga 2 November 2019, pada setiap hari Jumaat hingga Ahad dari jam 7.30 malam – 11.30 malam.
Pada tahun ini, terdapat 8 Rumah Hantu, 2 Zon Seram, 11 Permainan Thrill Rides dan 4 persembahan pentas serta teater berhantu bakal disajikan kepada korang.
Lebih menarik, setiap rumah hantu mempunyai konsep dan kisah seramnya sendiri yang boleh buatkan korang tak boleh tidur malam. Berikut adalah antara rumah-rumah hantu yang membuatkan kami excited!
Scarytales Theatre: BOMOH
Jangan biarkan mata atau telinga korang dirasuk dengan nyanyian ‘syaitan’. Rumah hantu BOMOH akan buatkan bulu roma meremang dari belakang…
Duduk diam dan jangan pandai-pandai nak larikan diri sebelum filem berakhir atau korang akan dihantui kemarahan BOMOH!
The Plague
Korang mungkin percaya pada doktor tapi bukan pada Doktor Plague. Watak-watak aneh mirip burung berparuh berada di pinggiran desa untuk menghantui orang kampung.
Blood Shed
Diilhamkan dari filem Saw, BLOOD.SHED membawa korang memasuki bangsal yang telah lama ditinggalkan di mana ramai dipercayi pernah ditangkap, diseksa, dan dibiarkan mati. Err…
Hotel dEVILle
Melangkah ke dalam hotel yang sudah lama ditinggalkan pasti menakutkan. Di sini korang akan rasai pengalaman di dalam bilik-bilik hotel dan beberapa ‘tetamu’ sendang menantikan kunjungan korang.
House of Voodoo
Marie Laveau menempatkan kumpulan ahli sihir yang sedang menanti roh dan jiwa manusia. Cuba bayangkan apa yang korang akan temui di dalam rumah hantu ini, kena lari daripada dimakan ke?
Okay okay – tak naklah spoiler banyak, nanti tak thrill dah.
Apa yang boleh kami katakan adalah Sunway Lagoon Nights of Fright 7 ini akan buatkan korang nak datang semula pada bulan Oktober dan November ini. Sekali round tak puas.
Tiket bermula pada harga RM79 seorang atau korang boleh memilih pakej kombo pada harga RM158 seorang (pas ekspres + bloodbag atau devil’s horn).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi pautan ini – Night Of Fright 7.
...tetapi kami juga mempunyai 20 pasang tiket untuk korang menangi!
KUIZ SUNWAY LAGOON NIGHTS OF FRIGHT 7
Jawab seperti dibawah :
Pemenang akan diumumkan pada 21 Oktober ini!
(Butiran diri hanyalah untuk simpanan Majalah Remaja. Ia TIDAK AKAN digunakan untuk tujuan lain atau diserahkan kepada pihak asing.)
Jumpa di sana…tapi tak tahulah kalau korang boleh balik dengan selamat!
*
[EDITED : PERUBAHAN TARIKH OLEH SUNWAY LAGOON]
View this post on InstagramA post shared by Sunway Lagoon Malaysia (@sunwaylagoonmalaysia) on