Penyanyi terkenal dari seberang, Mahalini Raharja yang bakal melangsungkan pernikahan bersama penyanyi popular, Rizky Febian, Rabu ini telah sah memeluk agama Islam.
Perkara ini disahkan oleh bapa Rizky yang juga pelawak terkenal, Sule menerusi saluran YouTube SL Media miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini Bakal Peluk Islam Sebelum Majlis Perkahwinan
Penyanyi lagu popular Terpisah Jarak Dan Waktu itu berkata, Mahalini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya untuk memeluk Islam.
“Lini (Mahalini) sudah diizinkan keluarganya. Dia sudah mendapat restu daripada orang tuanya dan keluarga,” katanya.
Proses pelantun lagu Mati-Matian itu bergelar mualaf perlu dibuat sejajar dengan peraturan di Indonesia yang menetapkan setiap pasangan bernikah berdasarkan ajaran agama yang sama.
Selain itu, Sule turut menjelaskan, dia menyedari persoalan masyarakat yang meragui status agama Mahalini sebelum berkahwin dengan anaknya.
Terdahulu, tular berita mereka di media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali di kediaman keluarga Mahalini di Denpasar, Bali.
Sule berkata, upacara dinamakan ‘mepamit’ ini menandakan bahawa Mahalini sudah memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga.
Sekadar informasi, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 7 Mei tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mahalini