Hanya menjelang beberapa minggu ebelum perlantikan Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua, negara jiran kita itu sedang bergelut dengan demonstrasi mahasiswa di seluruh negara.
Para demonstrasi turun ke jalan tanpa membawa bendera parti atau persatuan tertentu sebagai tanda bergabung tenaga demi kebaikan negara mereka. Antara lokasi demonstrasi yang dilaporkan termasuklah di Jakarta, Bandung, Makassar, Riau, Bali, Yogyakarta dan Papua.
Protes besar-besaran mahasiswa ini adalah respon anak muda di Indonesia terhadap pengesahan beberapa rang undang-undang yang ingin digubal di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Rang Undang-Undang Gelandangan
Sesiapa yang tinggal di jalanan atau tempat awam dan mencemarinya boleh didenda hingga 1 juta Rupiah. Aktivis Hak Kemanusiaan Indonesia telah membantah pindaan ini yang bertentangan dengan Perlembagaan 1945 yang memerlukan kerajaan menjaga kanak-kanak miskin dan ditinggalkan.
Ads
Rang Undang-Undang Kebebasan Bersuara
Pindaan ini membawa rakyat kembali ke era kolonial Indonesia di mana sesiapa yang menayang dan mengagihkan artikel, gambar atau rakan suara yang boleh menjejaskan kredibiliti Presiden dan Timbalan Presiden akan berdepan hukupan penjaran maksimum 4 tahun setengah atau denda 2 bilion Rupiah.
Rang Undang-Undang Pembanterasan Rasuah
Lebih popular dengan akronim KPK di Indonesia, RUU baru ini akan mengurangkan kuasa yang ada pada Badan Pencegah Rasuah yang merupakan badan penting di negara itu.
Mahasiswa Indonesia tidak bersetuju apabila KPK wajib mendapatkan waran daripada badan pemerhati baru sebelum boleh memasang alat mendengar perbualan dengan suspek. Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan KPK hak untuk menghentikan kes di tengah-tengah penyiasatan.
Ads
Kedua-dua pindaan ini diragui akan membebaskan suspek berprofil tinggi daripada menerima hukuman. Malah hukuman terhadap pengamal rasuah juga dikurangkan ke minimum 2 tahun penjara dan denda di antara 10 juta Rupiah – 2 bilion Rupiah. Denda minimum buat masa ini adalah 200 juta Rupiah.
Rang Undang Undang Kod Jenayah
Dalam laporan REMAJA sebelum ini bertajuk Ribuan Mahasiswa Indonesia Bantah Pengharaman Hubungan Luar Nikah, Di Luar Tabii & Sejenis, ia adalah sebahagian daripada kod kriminal baru yang kini sedang dibincangkan oleh parlimen. Kod tersebut juga menghalang pasangan yang belum bernikah daripada tinggal sebumbung atau boleh berdepan dengan hukuman penjara hingga 6 bulan.
Paling mencuri tumpuan adalah bantahan yang dilakukan di Bali, sebuah wilayah bermajoriti Hindu dan merupakan destinasi pelancongan penting di Indonesia. Ia terkenal di kalangan pelancongan Australia atas faktor bajet yang murah dan jarak dekat.
Apabila Artikel 417 membabitkan isu hubungan luar nikah dan hubungan sejenis ini dibangkitkan, ramai berpendapat pelancong dari Australia kemungkinan kelak akan berfikir dua kali sebelum memilih untuk bercuti di Bali.
Ads
*
Selain membabitkan isu hubungan luar nikah dan sejenis, pindaan rang undang-undang kod jenayah juga membabitkan pengecualian hak wanita, golongan agama (minoriti) dan kebebasan bersuara.
Hanya semalam setelah Presiden Jokowi dan pemimpin DPR bermesyuarat, mereka bersetuju untuk menangguh pindaan kontroversi ini sehinggalah ahli parlimen dilantik pada 1 Oktober kelak.
Sama-samalah kita lihat apakah keputusan pihak berkuasa Indonesia apabila berhadapan dengan protes daripada anak muda mereka.
*
HEY GIRLS. WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Jika sebelum ini namanya disebut atas sikap prihatinnya membantu adik Ainul Mardhiah dalam pembedahan membuang tumor, kali ini pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Imperial College London, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana adalah antara doktor yang terbabit dalam kajian keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap manusia sihat di United Kingdom (UK).
Doktor muda berusia 33 tahun itu mengumumkan penglibatannya untuk merekrut sukarelawan dalam ujian percubaan vaksin COVID-19 yang pertama di UK, di twitter rasminya.
Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan itu sedang melakukan percubaan vaksin itu di National Institute for Health Research (NIHR) Imperial Clinical Research Facility Imperial College yang diketuai oleh Dr Katrina Pollock. Beliau juga terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada untuk beberapa minggu akan datang.
Selain itu juga, The Health Secretary UK, Mr Matt Hancock memberitahu kerajaan UK telah memperuntukkan sebanyak 22.5 juta pound untuk menyokong fasa 2 ujian klinikal Imperial Project dan akses kepada beribu sampel dan juga permulaan untuk mereka melakukan percubaan fasa yang lebih besar.
Pusat pengajian terkenal dunia, Universiti Oxford juga menerima dana sebanyak 20 juta pound untuk mereka menjalankan juga ujian vaksin mereka.
Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.
Sumber : Twitter Dr Amalina Che Bakri
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza. Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?
Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.
1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)
2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)
3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)
4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)
5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)
6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)
7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)
8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)
Tahniah juga kami ucapkan buat pasangan pengantin baru of the year ini, Priyanka Chopra dan Nick Jonas.
Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
COVID-19 kini telah mencatatkan 3,640,473 kes jangkitan, 251,817 kematian di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini walaupun banyak negara yang cuba menghasilkan vaksin untuk virus pembawa maut ini.
Namun, melalui media Times of Israel, berita penemuan oleh Israel Institute for Biological Research (IIBR) telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel kini sedang dalam proses paten sebelum dihasilkan secara besar-besaran.
Antibodi ini dikatakan berfungsi secara monoklonal dan meneutralkan virus COVID-19 di dalam tubuh pesakit. Sebanyak 10,064 pesakit berjaya dirawat dan plasma daripada tubuh telah dikaji untuk mencari rawatan segera.
Untuk info, Israel antara negara paling awal menutup pintu masuk negara, setakat hari ini Israel telah mencatatkan kes sebanyak 16,268 dengan kadar kematian sebanyak 237 kes, manakala untuk kes aktif adalah sebanyak 5,808.
Namun aktiviti kekejam terhadap penduduk Palestin masih berjalan. Terdahulu, polis Israel dilaporkan telah menyerbu pusat ujian COVID-19 penduduk Palestin dan melakukan soal siasat seterusnya menahan empat aktivis yang terbabit dalam membangunkan pusat ujian itu.
Bukan itu sahaja, rejim Israel juga telah melarang Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menganjurkan kegiatan di Baitulmaqdis termasuk mengharamkan mereka memasuki untuk mencegah wabak pandemik itu daripada menular.
Malah mereka juga bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat dan merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19.
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...