Mahawiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan perhimpunan #KamiMahuAir berhampiran Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada petang Jumaat untuk menuntut jalan penyelesaian terhadap isu bekalan air di kampus universiti itu.

Biarpun penganjur perhimpunan tidak memperolehi permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana permohonannya tidak disertakan dokumentasi yang diperlukan, ia tetap diteruskan dek kekecewaan yang dirasai sekumpulan pelajar UMS akibat isu air yang berpanjangan.

Tinjauan REMAJA terhadap video perkongsian Sinar Harian mendapati perhimpunan #KamiMahuAir itu dilakukan secara aman dan disertakan dengan laungan tegas oleh mahasiswa.

Antaranya termasuklah, “Mana MADANI?” “Hidup Rakyat Sabah”, “Tuntut RM5 Juta”, “Rakyat Sabah Bangkit”, “Menteri Jangan Rasuah”, “Kami Datang Tuntut Air” dan “Mana Air Rakyat Sabah?”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

IKLAN

Selain perhimpunan aman, sekretariat #KamiMahuAir Sabah di bahagian Semenanjung Malaysia telah menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi UMS dan menuntut agar tindakan segera diambil oleh pihak berwajib.

Mereka turut menuntut pihak berkuasa mendedahkan isu sebenar yang menganggu bekalan air di Sabah dan berhenti memberikan alasan seperti kecurian air atau notis penyelenggaraan.

IKLAN

Sebaliknya, mereka merasakan rombakan penuh anggota jawatankuasa berkaitan dalam menguruskan bekalan air di Sabah.

BACA LAGI: Banggakan Sabah Sebagai Negeri Kelahiran Penyanyi Berbakat Malaysia, Adam Shamil Punya Impian Besar – Isu Digital Ogos 2023 – REMAJA

IKLAN

Terlebih dahulu, pihak universiti telah mengingatkan mahasiswanya agar tidak menyertai perhimpunan hari ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, pihak universiti tidak pernah menyokong usaha membuta tuli oleh kumpulan mahasiswa untuk mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi mengelakkan gangguan terhadap ketenteraman rakyat.

BACA LAGI: Rupanya Bawah Satu Pengurusan, Ayda Jebat Marah Lihat Video Ahli SMDX Tidak Kenal Dolla – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI