Kata pinjaman sememangnya telah lama wujud dalam bahasa Melayu disebabkan oleh beberapa faktor seperti penjajahan, penyebaran agama, perdagangan dan pelancongan. Perkataan-perkataan ini telah melekat di hati pengguna bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana sebahagian perkataan-perkataan Arab sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kita.
Kesebatian ini menjadikan mereka hampir tidak menyedari bahawa mereka sering mendengar dan menuturkan bahasa tersebut setiap hari. Kata pinjaman bahasa Arab terpaksa digunakan dalam bahasa Melayu kerana kekurangan perbendaharaan kata serta keperluan untuk mencipta atau mencari perkataan untuk objek dan konsep yang baharu.
Peminjaman adalah lebih mudah daripada mencipta yang baru. Ayat berikut mungkin boleh menjadi contoh. “Wakil rakyat Perlis membahaskan masalah dan hal ehwal masyarakat di Dewan Rakyat setiap hari Selasa.” Sebenarnya, kebanyakan perkataan dalam ayat tersebut merupakan bahasa Arab. Bahasa Arab juga sangat sebati dengan orang Melayu kerana bahasa Arab ialah bahasa al-Quran. Kebanyakan orang Melayu ialah penganut agama Islam.
Contoh-contoh perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu
(a) Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya
AWALAN HURUF | |
A | · abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
|
B | · bakhil, baligh, batil, barakah
|
D | · daftar
|
H | · hikmah, halal, haram, , hikayat
|
I | · ilmu, insan
|
M | · musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
|
K | · kitab, kuliah, kursi, kertas
|
S | · syariat
|
U | · ulama
|
W | · wajib
|
Z | · ziarah
|
(b) Sebutan berubah, erti masih sama
BAHASA MELAYU | ASAL DARIPADA BAHASA ARAB
|
berkah, barakat, atau berkat
| “barakah” |
darjat
| “darajah” |
khabar
| “khabar” |
lafaz
| “lafazh” |
zalim
| “zhalim” |
makalah
| “maqalah” |
masalah
| “mas-alah” |
mungkin | “mumkin”
|
rasmi | “rasmiy
|
soal | “su’aal”
|
sakarat | “sakkarat”
|
rezeki | “rizq”
|
Nama-nama hari dalam seminggu | Ahad (“al-Ahadu”), Isnin (al-Ithnaini”), Selasa (ath-Thulasa”), Rabu (“al-Arbi’a”), Khamis (“al-Khamis”), Jumaat (“al-Jumu’ah'”) dan Sabtu (“as-Sabtu”)
|
(c) Sebutan dan erti berubah daripada sebutan dan erti semula
keparat | perkataan maki yang bersepadan dengan perkataan sialan, berasal dari perkataan “kafarat” yang dalam bahasa Arab bererti tebusan atau denda
|
loghat | dialek, berasal dari perkataan “lughah” yang bermakna bahasa
|
“nuskhatun” yang bermakna secarik kertas
| |
perlu | berasal daripada perkataan “fardhu” yang bermakna harus
|
petua | nasihat, berasal daripada perkataan “fatwa” yang bermakna pendapat hukum
|
(d) Sebutan sebenar, ertinya berubah
ahli
| individu yang mahir dalam sesuatu bidang
|
hakim | pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermakna bijaksana
|
kalimat | rangkaian kata-kata, berasal daripada bahasa Arab yang bermakna kata
|
siasat | pemeriksaan yang teliti dan hati-hati
|
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita binti Zakariah.