Tanda pisah (–) merupakan antara tanda baca yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu. Tanda pisah disebut sebagai “dash” dalam bahasa Inggeris.
Menurut buku Gaya Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en.
Tanda pisah harus dibezakan dengan tanda sempang (-) kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berlainan.
Tanda sempang ialah garis pendek yang melintang untuk menceraikan suku kata dan menjadi tanda hubung atau tanda sengkang. Dalam bahasa Inggeris, tanda sempang disebut sebagai “hyphen” .
Dari segi penulisan tanda pisah dan tanda sempang, jarak merupakan aspek yang terpenting. Bagi tanda pisah, perlu ada jarak sebelum dan selepas penggunaan tanda tersebut. Contohnya, Kuala Lumpur – Johor. Bagi tanda sempang pula, tidak akan ada jarak pada sebelum dan selepas penggunaan tanda tersebut. Contohnya, perkataan “bersama-sama” dan perkataan “kuih-muih” yang tidak ada jarak selepas tanda sempang.
Antara fungsi dan penggunaan tanda pisah adalah seperti yang berikut:
Contoh: Januari – Mac, Tahun 2010 – 2020, Negeri sembilan – Johor
Contoh: Kejadian itu meninggalkan kesan kepada diri saya – gembira, sedih dan kesal.
Contoh: Semasa saya meninggalkan syarikat itu – hampir 15 tahun saya di sana – jawatan terakhir saya ialah sebagai pengurus.
Contoh: Rangkaian temuan ini – evolusi, teori kenisbian, dan kini juga pembelahan atom – telah mengubah persepsi kita tentang alam semesta.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga menjernihkan kekeliruan yang pernah dihadapi oleh pembaca sebelum ini.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh PROF. MADYA DR. RAMALINGGAM