Pembentukan sesuatu kata berlaku melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Proses penggandaan bagi sesuatu kata bermaksud sesuatu kata dasar yang diulang sama ada dalam bentuk penggandaan penuh, penggandaan separa, atau penggandaan berentak.
Menerusi penulisan kali ini, penulis akan membincangkan penggandaan yang melibatkan perbuatan yang berulang-ulang, misalnya menggeleng-geleng
dan mengangguk-angguk.Dalam sesuatu ayat, jenis kata yang membawa maksud jamak tidak boleh diulang penggunaannya. Misalnya, kata “kuih-muih” telah menunjukkan jumlah yang banyak. Maka, ayat “Ibu menghidangkan pelbagai kuih-muih” tidak tepat.
Hal ini bertepatan dengan konsep perbuatan yang berulang-ulang dalam kata “menggeleng-geleng” dan “mengangguk-angguk”. Lihat contoh di bawah:
Berdasarkan ayat di atas, hanya ayat (b) dan (d) tepat, manakala ayat (a) dan (c) menunjukkan kelewahan kerana disertakan dengan frasa “berkali-kali” dan “berulang kali”, sedangkan makna “menggeleng-geleng” telah menunjukkan perbuatan yang berulangan.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Nor Fazilah binti Noor Din.