[MAHIR BAHASA MELAYU] Penulisan Partikel

Share

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu, iaitu “-lah”, “-kah”, “-tah”, dan “pun”. Cara penulisan partikel ini adalah berbeza-beza seperti yang berikut:

(a) Partikel “-lah”, “-kah”, “-tah”, dan “pun” hendaklah ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contoh:

1. “Kamulah yang akan menggantikan aku nanti,” ujar Adib kepada rakannya.

2. “Mungkinkah kita pernah berjumpa sebelum ini?” soal Aina kepada seorang jejaka yang memakai baju hijau.

3. “Sudah beberapa hari aku tidak makan. Apatah lagi badan juga sudah semakin lemah. Tidak terdaya aku menahannya.” Luah Ajid sambil berehat di bawah sebatang pokok.

(b) Partikel “pun” yang membawa maksud juga, lalu atau terus ditulis terpisah daripada kata sebelumnya. Contoh:

1. Jika Izu pergi, Mila pun akan pergi.

2. Apabila sampai di hadapan rumah berhantu itu, dia pun cabut lari.

3. Apa pun yang dipakainya, dia tetap tidak berpuas hati.

(c) Ada 13 patah perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel “– pun”, iaitu:

  • Adapun
  • Sekalipun
  • Meskipun
  • Biarpun
  • Sungguhpun
  • Mahupun
  • Walaupun
  • Kalaupun
  • Kendatipun
  • Lagipun
  • Ataupun
  • Andaipun
  • Bagaimanapun
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel Ini Ditulis oleh Faridah Mohamad Saad.
Sumber gambar: pexels.com
Published by
Penulis Jemputan