Gadis berusia 23 tahun ini menangis saat dia dimahkotakan sebagai Miss Universe Kemboja 2022 yang baharu. Manita Hang tidak menyangka percubaannya kali ini membawa tuah dan memberi peluang kepadanya sekali lagi mewakili negara tercinta.

Sebelum ini ketika dia berusia 16 tahun, Manita pernah dinobatkan sebagai Miss Tourism Kemboja 2015 dan setahun kemudian dia mewakili negaranya ke Miss Tourism Metropolitan International 2016. Ketika itu di berjaya mendapat tempat ketiga.

Mahir Bertutur Tiga Bahasa, Graduan Perakaunan & Kewangan Dinobatkan Sebagai Miss Universe Kemboja 2022

Manita merupakan anak kacukan Perancis di sebelah ayahya dan Kemboja di sebelah ibunya. Dia dilahirkan di Mayotte yang merupakan sebuah tanah jajahan Perancis yang terletak berhampiran negara Mozambique. Jadi tidak hairanlah dia mampu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Perancis, bahasa Khmer dan juga bahasa Inggeris.

Dianggap sebagai peserta kegemaran untuk menjuarai pertandingan sejak awal, gadis dengan ketinggian 175cm ini merupakan seorang model dan bekerja sepenuh masa dalam sektor kewangan.

BACA JUGA: Cantik, Berketerampilan & Bijak! Wakil Malaysia Dinobatkan Sebagai Naib Juara Miss Global 2022

Ads

Mahir Bertutur Tiga Bahasa, Graduan Perakaunan & Kewangan Dinobatkan Sebagai Miss Universe Kemboja 2022

Menepati frasa beauty with brains, Manita merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dan Kewangan daripada CamEd Business School. Walaupun begitu ia bukan penghalang kerana baginya dunia peragaan dan ratu cantik memberi dimensi berbeza dalam kehidupan.

Dalam satu temu bual bersama media, dia berkata, “Bidang peragaan membolehkan anda menunjukkan diri dan fesyen anda, termasuk solekan dan segala-galanya, mankala dunia ratu cantik adalah lebih kepada memartabatkan negara anda dan membina diri sebagai wakil negara.”

Ads

Mahir Bertutur Tiga Bahasa, Graduan Perakaunan & Kewangan Dinobatkan Sebagai Miss Universe Kemboja 2022

Dalam pertandingan yang dilangsungkan secara gilang gemilang di Phnom Penh itu, Manita berjaya mengalahkan 19 peserta lain. Naib juara jatuh kepada Heng Sothnisay manakala tempat ketiga pula menjadi milik Heng Bonika. Ratana Sokhavatey dan Hun Geklang melengkapkan kedudukan di kelompok lima terbaik.

Kemboja mula menghantar wakil ke Pertandingan Miss Universe sejak 2017 dan sehingga kini belum pernah tembus sebagai semi-finalis.

Ads

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI