Yes guys. Bila kita buka sahaja laman media sosial seperti Facebook dan terutamanya Instagram, pastinya tidak dapat lari daripada video ‘Keke Challenge’.
Ia kini seakan sudah merebak seperti wabak yang menjangkiti netizen di seluruh dunia tidak mengikut negara, bangsa, budaya mahupun agama.
Malah artis serta personaliti media sosial di Malaysia juga tidak ketinggalan turut serta melaukan aksi menari di sebelah kereta yang sedang bergerak diiringi lagu daripada Drake, ‘In My Feeling’.
[Video di atas merupakan ‘Keke Challenge’ yang pertama dilakukan oleh seorang personaliti Internet dikenali dengan nama ‘theshiggyshow‘]
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Mesin Layan Diri Paling Pelik Di Dunia
Tidak kurang juga yang cukup lantang dan mengkritik cabaran yang bagi mereka tidak membawa apa-apa faedah dan boleh mendatangkan bahaya kepada si pelakunya dan pengguna jalan raya yang lain.
Dan melihatkan tentang bahaya itulah Jabatan Kehakiman Abu Dhabi bertindak dengan cukup tegas apabila mengarahkan penangkapan terhadap tiga orang personaliti media sosial atau influencer di atas dakwaan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain semasa melakukan ‘Keke Challenge’.
Jelas Jabatan Kehakiman Abu Dhabi lagi, mereka bertiga telah melanggar undang-undang serta menggunakan media sosial untuk mempopularkan budaya yang tidak sesuai dengan tradisi masyarakat setempat.
Tambah mereka lagi, undang-undang Abu Dhabi menetapkan bajawa sebarang aktiviti seperti ‘Keke Challenge’ yang dilakukan di atas jalan raya merupakan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman.
Menurut laporan Khaleej Times, denda sebanyak AED2,000 (RM2209) dan pemotongan mata hitam sebanyak 23 poin boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan aksi sebegini. Kenderaan yang digunakan pula boleh disita selama 60 hari.
Menggelarkan aksi sebegini sebagai ‘jenayah trafik yang serius’, pihak berkuasa Abu Dhabi memberi amaran keras kepada warganya agar tidak terpengaruh dan meniru apa yang mereka lihat di Internet dengan membuta-tuli.
Bagaimana pula dengan negara kita? Adakah kamu beranggapan perbuatan seperti ‘Keke Challenge’ boleh membahayakan nyawa? Semalam Polis DiRaja Malaysa (PDRM) mengeluarkan kenyataan menerusi Penolong Komisioner Jabatan Penguatkuasaan Siasatan Trafik, Zulkefly Yahya menasihati agar pengguna jalan raya tidak melakukan aksi ini.
Menurutnya, setakat ini belum ada sebarang laporan atau komplen daripada orang awam dan pengguna jalan raya. Walau bagaimanapun dia menasihati agar perkara ini tidak ditiru jika boleh mendatangkan bahaya.
Di negara Mesir, ia telah diharamkan bermula pada Isnin lalu dan barangsiapa yang melakukannya boleh ditangkap dan didenda.
Sejujurnya bagi REMAJA, ia tidak perlu apatah lagi jika dilakukan di atas jalan raya dan dalam keadaan kereta sedang bergerak. Kita tidak tahu apa juga kebarangkalian yang boleh berlaku.
Kalau nak buat juga elakkan berada di atas jalan raya dan jangan lakukan bersebelahan dengan kenderaan bergerak.