Anak kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Sky Taizo Okumura, meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam beberapa tahun lagi.

Namun, hasrat Sky tersebut bagaikan tidak mendapat sokongan penuh daripada bapanya yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Akiko Okumura.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali SYED SADDIQ, Alumni MTD & Pendebat Terbaik Asia!

Mahu Berdikari Seperti Ibu, Putera Tunggal Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Pengajian Ke Luar Negara

Ads

“Awak tak boleh belajar di luar negara, kena tinggal di Malaysia. Kalau awak pergi, awak tak kesian kan daddy (Ridzo) ke?

“Daddy baru saja kehilangan mommy (arwah Akiko) dan kalau awak pergi, macam mana dengan daddy?” katanya kepada Sky menerusi siaran langsung di TikTok.

Namun, Sky tidak melatah dan menjelaskan keputusan tersebut dengan penuh yakin. Menurutnya, dia mahu hidup berdikari dan mengikuti jejak langkah ibunya, Akiko, yang sebelum ini sentiasa berusaha keras demi keluarga.

Mahu Berdikari Seperti Ibu, Putera Tunggal Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Pengajian Ke Luar Negara

“Saya nak sambung belajar ke luar negara dan saya yakin dalam masa dua, tiga tahun lagi kita akan mampu lakukannya.

“Saya perlu bekerja keras dan teruskan pembelajaran saya. Saya perlu jadi seperti ibu saya, sebelum ini dia lakukan segalanya sedangkan saya hanya duduk lepak-lepak.

Mahu Berdikari Seperti Ibu, Putera Tunggal Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Pengajian Ke Luar Negara

Ads

“Sekarang, saya perlu buat semuanya sendiri, cuba masak sendiri dan memang sudah tiba masanya,” ujar Sky.

Pada Jumaat lalu, Ridzuan mengumumkan melalui hantaran di Instagram bahawa isterinya, Akiko, telah meninggal dunia.

Menurut Ridzuan, punca kematian Akiko adalah akibat terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka, yang dipercayai berlaku pada malam Khamis.

Mahu Berdikari Seperti Ibu, Putera Tunggal Ridzuan Ridzokumura Berhasrat Sambung Pengajian Ke Luar Negara

Ads

Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko, seorang wanita asal Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

SUMBER: TikTok Athgahhh

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI