Anak kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Sky Taizo Okumura, meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam beberapa tahun lagi.
Namun, hasrat Sky tersebut bagaikan tidak mendapat sokongan penuh daripada bapanya yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Akiko Okumura.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenali SYED SADDIQ, Alumni MTD & Pendebat Terbaik Asia!
Namun, Sky tidak melatah dan menjelaskan keputusan tersebut dengan penuh yakin. Menurutnya, dia mahu hidup berdikari dan mengikuti jejak langkah ibunya, Akiko, yang sebelum ini sentiasa berusaha keras demi keluarga.
Pada Jumaat lalu, Ridzuan mengumumkan melalui hantaran di Instagram bahawa isterinya, Akiko, telah meninggal dunia.
Menurut Ridzuan, punca kematian Akiko adalah akibat terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka, yang dipercayai berlaku pada malam Khamis.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko, seorang wanita asal Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Athgahhh