Terbaru, pelakon Ben Amir mencuri perhatian peminat apabila mendedahkan beliau kini telah meninggalkan tanah air dan akan memulakan kehidupan baru di Pulau Siargao, Filipina. 

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube miliknya bernama ‘Island Life with Ben Amir’, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35) berkata, beliau mengambil keputusan besar tersebut demi merealisasikan impiannya.

“Saya ambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kehidupan baru di pulau indah ini yang bernama Siargao”

“Tetapi buat masa ini, saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya dan adat resam Filipina,” katanya.

Mahu Bina Kehidupan Baru, Ben Amir Kini Menetap Di Pulau Siargao, Filipina
Kredit: Youtube Island Life with Ben Amir
Mahu Bina Kehidupan Baru, Ben Amir Kini Menetap Di Pulau Siargao, Filipina
Kredit: Youtube Island Life with Ben Amir

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Sweet Dreams’ itu turut berkongsi mengenai perancangannya untuk membina rumah dan memulakan perniagaan di sana tidak lama lagi.

Ads

“Saya baru saja nak mulakan hidup di sini. Saya akan bina impian saya dari bawah dan sekarang saya bekerja untuk bina rumah, villa, beberapa perniagaan saya dan tak lama lagi saya juga akan buka sebuah ladang kecil,” jelasnya penuh bersemangat sambil bertutur menggunakan campuran bahasa tagalog.

Selain itu, Ben memberitahu bahawa beliau akan berkongsi segala cabaran dan pengalamannya sepanjang berada di negara tersebut.

Ads
Mahu Bina Kehidupan Baru, Ben Amir Kini Menetap Di Pulau Siargao, Filipina
Kredit: Youtube Island Life with Ben Amir

Walau bagaimanapun, keputusan pelakon itu untuk menetap di Filipina telah mencetuskan beberapa persoalan dalam kalangan peminat. Namun, ramai yang percaya bahawa Ben mungkin memilih untuk berehat daripada industri lakonan bagi memenuhi impiannya menjalani kehidupan baru sebagai anak rantau.

Ads

Sebelum ini, Ben Amir pernah memuat naik sebuah perkongsian seolah memberi bayangan mahu berhijrah ke tempat lain berdekatan dengan pantai.

Sekadar info, Pulau Siargao terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan indah serta terkenal dengan pantai berpasir putih dan ombak yang menjadi tarikan utama para penggemar sukan luncur air.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI