Inpirasi

“Mahu Buka Pusat Servis Kenderaan Dengan Anak” Persara Ini Nekad Sambung Belajar Pada 47 Tahun

Share

Betul bak kata orang, usia tak akan pernah menjadi penghalang untuk seseorang menuntut ilmu. Selagi ada masa dan kudrat, semua berhak untuk lakukan apa saja demi menggapai cita-cita seperti seorang lelaki bernama Mohd Safuan Nadin yang tular di media sosial baru-baru ini apabila beliau mendaftarkan diri sebagai pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi.

Safuan yang kini berusia 47 tahun, memberi inspirasi kepada orang ramai dan telah membuktikan bahawa proses pembelajaran berlaku seumur hidup.

Bapa kepada dua cahaya mata itu difahamkan baru sahaja mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan sesi II 2024/2025

Walaupun, sudah berada dalam zon selesa dalam usia ‘persaraan’ muda, Safuan mendedahkan terdapat faktor pendorong yang membuatnya nekad untuk menuntut ilmu.

Beliau yang juga pemegang Sijil Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia mempunyai impian untuk merealisasikan cita-cita membuka membuka pusat servis kenderaan bersama anak tersayang.

“Saya memilih menyambung pengajian dalam bidang automotif ini pertamanya kerana minat dan keduanya saya dah merancang dengan anak sulung selepas tamat pengajian untuk membuka pusat servis kenderaan”

“Anak saya kini sedang menyambung Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perniagaan,” katanya.

Safuan ketika mendaftarkan diri sebagai pelajar Politeknik Port Dickson

Sebelum ini, Safuan pernah bekerja sebagai Pengurus Agensi Kumpulan dalam Unit Amanah dan Takaful, namun keputusan menyambung pengajian semula dibuat tahun lalu selepas berbincang dengan keluarga.

Jelasnya, beliau tiada masalah untuk menyambung pengajian sepenuh masa kerana tidak lagi bekerja selepas memilih bersara pada usia 40 tahun.

“Memang sasaran saya apabila cukup saja duit simpanan pada usia 40 tahun, saya tidak lagi mahu bekerja. Jadi dalam tempoh enam tahun, saya hanya duduk di rumah saja”

“Tapi sejak tahun lalu saya terfikir mahu membuka pusat servis kenderaan bersama anak dan disebabkan itu saya nekad sambung belajar untuk menambah ilmu,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebagai alumni politeknik, beliau percaya bahawa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah dan institusi pendidikan berkenaan sudah jauh berubah berbanding dahulu.

Ujarnya, politeknik pada hari ini bukan saja bertambah baik dari segi evolusi teknologi, malah fasiliti disediakan serta sistem pembelajarannya juga lebih tersusun.

Selain itu, Safuan turut menggalakkan generasi muda memilih bidang TVET untuk melanjutkan pelajaran kerana berpendapat negara sangat memerlukan tenaga mahir.

Menurutnya lagi, fokus kerajaan dalam bidang TVET sekaligus meletakkan politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah satu inisiatif yang baik.

Sementara itu, di media sosial pula, menyaksikan semangat Safuan, warga internet menzahirkan inspirasi dan keterujaan untuk menyambung pengajian tanpa mengira usia.

Apa pun, kami di REMAJA ucapkan selamat maju jaya untuk Encik Safuan!

Sumber: Sinar Bestari

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.

Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥

#majalahremaja #remaja #remajamalaysia #CRAVITY #FindTheOrbit #LUVITY” />

Published by
ZOE