Penyanyi Rap, Loca B baru-baru ini mengumumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri seni tempatan dan ingin menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.
Hal itu dimaklumkan sendiri oleh Loca B melalui Instagram disertakan gambar persembahan terakhirnya sebagai nama pentas ‘Loca B’. Jelasnya lagi dirinya sudah tidak lagi berminat untuk menjadi penyanyi.
“Ini persembahan terakhir saya sebagai LOCA. Saya tidak berminat lagi untuk berada dalam industri hiburan Malaysia. Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri dan saya mahu fokus kepada anak-anak yang saya lahirkan ke bumi ini”
“Banyak penipuan, tikam belakang dan manipulasi yang tidak berbaloi”
Dalam pada itu, Isteri kepada penyanyi rap, Tuju bukan sahaja mahu menjadi seorang ibu yang baik malah mahu mengajar anak-anaknya tentang kehidupan termasuk ilmu agama. Menurutnya, dia sangat terkesan apabila melihat sikap manusia zaman sekarang yang suka berpura-pura dan menunggang agama.
“Saya nak ajar anak-anak perkara yang saya tak pelajari semasa kecil. Saya nak jadi contoh kepada anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya mahukan rumah tangga yang indah tanpa hasutan”
“Saya mahu anak-anak faham agama dan menjadi orang yang jujur (saya juga sedang belajar). Saya nak sesuatu yang mencabar otak, mewah dengan ilmu pengetahuan dan anak saya pulang ke rumah kepada saya”
Penyanyi itu juga berkata akan terus berkongsi karya muziknya di media sosial pada masa akan datang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.