Mahu Martabat Pakaian Tradisional, Nabila Huda ‘Angkut’ 30 Pasang Kebaya Ke New York

Share

“Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia”

Demikian ungkapan yang dicoretkan pelakon berkaliber, Nabila Huda demi ingin memartabatkan budaya Malaysia di persada antarabangsa.

Terbaharu, Nabila yang lebih disapa sebagai Abil ‘mengangut’ 30 pasang kebaya pelbagai warna dan corak untuk digayakan sepanjang dua bulan dirinya berada di New York, Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN : “Brown Sugar Is Sexy…”, Nabila Huda Risau Obsesi Masyarakat Terhadap Kulit Putih

Menurut pelakon itu, dia berhasrat untuk menggayakan pakaian tradisional tersebut sepanjang berada di perantuan itu kerana bangga dapat mempromosi budaya tanah air ke luar negara terutama di mata dunia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abil berkongsi kesemua koleksi baju-baju kebaya yang dibawanya dari tanah air yang ditaja oleh Royal Kebaya.

“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita (kebaya). Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia.

“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini. Mesti cantik bila jalan terkedek-kedek dekat Times Square

nanti,” coretnya.

Bukan kebaya sahaja, pelakon filem hit Munafik itu turut membawa bersama aksesori dan kasut untuk dipadankan dengan busana tradisional itu nanti.

“30 hari, 30 kebaya. Saya siap bawa sebakul aksesori untuk dipadankan dengan kebaya. Terima kasih untuk penaja. Saya akan jaga elok-elok. Janji,” tulisnya lagi.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji idea yang dibuat oleh Abil dan tidak sabar melihatnya menyarung kebaya di New York.

“Terbaik Abil martabatkan budaya kita. Mesti cantik,” komen seorang peminat.

“Cepatlah pakai. Tidak sabar nak tengok Abil bergaya pakai kebaya di New York,” kata seorang pengguna lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Nabila Huda

Published by
Fath