Baru-baru ini, khabar mengenai pengunduran diri angggota kumpulan K-Pop RIIZE, Seunghan telah menarik perhatian ramai pihak kerana dua hari sebelumnya dia dikatakan akan kembali semula bersama kumpulan tersebut selepas setahun berehat.

Disebabkan pengumuman rasmi pengeluaran Seunghan atau nama sebenarnya Hong Seung Han (21) sebagai anggota RIIZE, ramai peminat antarabangsa meluahkan rasa kecewa dan marah sehingga mula melancarkan boikot secara besar-besaran terhadap RIIZE.

Tindakan boikot ini melibatkan tidak berinteraksi dengan setiap kandungan yang dimuat naik oleh syarikat, berhenti mengikuti kumpulan tersebut di media sosial, termasuk tidak membeli sebarang jenama yang melibatkan RIIZE.

Mahu Tuntut Keadilan Untuk Seunghan RIIZE, Peminat Lancar Boikot Besar-Besaran Sehingga Pembekal Antarabangsa Hentikan Jualan Album

Mahu Tuntut Keadilan Untuk Seunghan RIIZE, Peminat Lancar Boikot Besar-Besaran Sehingga Pembekal Antarabangsa Hentikan Jualan Album

Ads

Susulan itu, kempen pemboikotan berkenaan juga mula menunjukkan hasilnya apabila para ‘fandom’ K-Pop lain juga turut melakukan hal yang sama bagi menunjukkan sokongan untuk Seunghan. 

Antara bahagian penting menerusi pemboikotan ini adalah peminat mula membatalkan pembelian ‘pre-order’ dan tidak membeli sebarang album atau ‘merchandise’ yang dilancar atau dikeluarkan oleh RIIZE bagi menunjukkan protes kepada syarikat yang menguruskan kumpulan K-Pop generasi kelima itu.

Dalam pada itu, beberapa pembekal dan penjual rasmi album K-Pop terkenal di beberapa negara termasuk Amerika, Eropah dan Asia juga turut menarik diri dan secara rasmi memberitahu peminat menerusi platform media sosial bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan melanjutkan penjualan album dan ‘merchandise’ RIIZE.

Ads
Mahu Tuntut Keadilan Untuk Seunghan RIIZE, Peminat Lancar Boikot Besar-Besaran Sehingga Pembekal Antarabangsa Hentikan Jualan Album
Kredit: Heepurinz

Melalui tindakan yang dilakukan oleh pembekal dan peruncit terbesar ini dalam menghentikan penjualan ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada aspek kewangan agensi syarikat yang menguruskan RIIZE iaitu SM Entertainment.

Sementara itu, difahamkan kira-kira lebih dari 3,000 peminat akan mengambil bahagian dalam perhimpunan protes di hadapan bangunan SM Entertainment pada 18-20 Oktober ini bagi menuntut keadilan untuk Seunghan.

 

Post by @jjhyeon1995_
View on Threads

 

Ads

Mahu Tuntut Keadilan Untuk Seunghan RIIZE, Peminat Lancar Boikot Besar-Besaran Sehingga Pembekal Antarabangsa Hentikan Jualan Album

Terdahulu, Seunghan debut bersama Shotaro, Eunseok, Sungchan, Wonbin, Sohee, dan Anton sebagai anggota RIIZE pada 4 September 2023 kemudian diumumkan hiatus pada November 2023 selepas mencetus kemarahan peminat di Korea Selatan apabila beredarnya sebuah gambarnya yang dikatakan bersama bekas kekasih.

Pada 11 Oktober, SM Entertainment dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Seunghan akan kembali menjalankan aktiviti sebagai anggota RIIZE semula pada November ini. Namun, ia mendapat kecaman besar-besaran dari peminat di Korea sehingga ada yang menghantar ratusan karangan bunga ‘kematian’ sebagai tanda protes. Seunghan kemudian mengumumkan pengunduran diri pada 14 Oktober lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI