Main Handphone Ketika Di Rumah Anak Yatim, Ikmal Amry Dan Nabil Aqil Mohon Maaf

Share

Panas juga episod lima Pencarian Hero Remaja baru-baru ni apabila Ikmal Amry dan Nabil Aqil ditegur juri, Scha Al Yahya kerana dikatakan tidak melayan anak-anak yatim sewaktu diberikan task pada episod lalu.

Bagi mereka yang mengikuti Hero Remaja, mesti ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku dan betul ke Ikmal dan Nabil ni tak mahu melayan anak-anak kecil itu?

Nah, jangan buat spekulasi dulu. Remaja dah pun dapatkan penjelasan daripada dua finalis akhir Pencarian Hero Remaja ini.

Mengaku salah

Tatkala finalis-finalis lain sibuk melayan karenah penghuni di Rumah Bakti Al-Kausar, Ikmal dan Nabil dilihat seperti janggal berada di sana.

Kenapa eh?

“Am mengaku yang Am agak rasa kekok bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Bukan ingin bersikap sombong tapi memang kalau jumpa orang untuk pertama kalinya, Am lebih banyak mendiamkan diri,”

“Bukanlah tidak langsung melayan mereka. Sebaliknya, sewaktu Am dikatakan hilang sebenarnya Am keluar menjawab panggilan. Ya, memang salah Am kerana tidak memaklumkan pada pihak produksi dan kerana itu mereka menganggap Am meninggalkan adik-adik tu. Seikhlasnya di sini Am ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati,” jelas Ikmal Amry.

Bagi Nabil pula, dia mengakui tindakannya bermain telefon semasa di rumah anak yatim itu adalah tidak patut dan memang perlu ditegur.

“Nabil mintak maaf kepada semua adik-adik di Rumah Bakti Al-Kausar sekiranya ada yang merasakan perbuatan main telefon pada malam itu sesuatu yang kurang baik. Nabil sebenarnya bukan main telefon sepanjang masa, cuma biasalah sesekali kita check handphone kerana sudah terbiasa,” jawab Nabil.

Ambil iktibar

Kejadian ini telah membuka mata Ikmal dan Nabil untuk lebih peka dan sensitif pada keadaan sekeliling. Bukan kata mereka tidak mahu melayan kanak-kanak tersebut, tetapi mungkin kerana tidak biasa dan sedikit kekok melayan kanak-kanak membuatkan mereka jadi seperti itu.

“ Saya ambil iktibar tentang semua yang sudah berlaku ini dan akan menjadi lebih peka. Saya sedar bahawa handphone tu tak sepenting adik-adik yang berada bersama-sama saya pada waktu itu,” jelas Nabil mengakhiri perbualan.

Ada je ni ha tengah teman adik makan. Hehe – Ikmal Amry

Setiap manusia memang melakukan kesilapan. Cuma, harapnya kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi la ya. Biasalah, nak jadi artis memang banyak cabarannya. Ini baru sikit, dekat luar sana lagi macam-macam yang korang kena tempuh.

So, good luck on your final guys. Jangan lupa saksikan episod akhir Hero Remaja 19 Oktober ini Jam 9 malam di Astro Ria.

 

Published by
Noor Ain Norman