
Semakin lama, semakin banyak pelan data yang menawarkan macam-macam pakej exciting kepada kita.
Beli pelan data je, ada kelebihan ekstra yang kita dapat seperti pakej media sosial, mesej sosial, muzik dan video tanpa had data.
Nampaknya sekarang dengan populariti permainan Player Unknown’s BattleGrounds (PUBG) di kalangan remaja, servis mobil digital iaitu Yoodo (di bawah pengurasan Celcom Axiata Berhad) semalam memperkenalkan pakej eksklusif PUBG Mobile Add-On.
Lepas ni, makin sakanlah korang main PUBG!
Pakej Add-On yang ditawarkan bermula 26 Januari sehingga 30 April ini sebenarnya memberi kelebihan kepada pemain PUBG tegar seperti korang kerana permainan ini kan menggunakan data selular yang banyak tanpa WiFi. Lepas ni, senanglah korang bila ada kuota data tertentu untuk PUBG Mobile je.
Pakej Add-On ini adalah khas untuk kesemua pengguna Yoodo, sesuai dengan kehendak Yoodo sendiri untuk menjadikan jenama mereka itu istimewa untuk para gamers. Di samping menggunakan coverage 4G mereka, pemain tak lagi perlu risau untuk berbelanja lebih ketika bermain game.
Untuk menikmatinya, ini yang korang perlu lakukan.
UPDATE! 16 Ciri Menarik Pada iOS 16. Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 8 Dan Ke Atas

Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 16 bagi pengguna iPhone.
Sistem operas terkini iPhone iaitu iOS 16 kini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti-peranti yang layak menerimanya. Saiz muat turun sistem operasi ini ialah 3.1GB dan boleh dilakukan secara OTA seperti kebiasaannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Sekian Lama Menanti, Apple Pay Akhirnya Boleh Digunakan Di Malaysia
Katanya iOS kali ini membawakan ciri Always on Display. Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 16 yang dikatakan hadir dengan pelbagai ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum.
- Kustomasi Skrin Kunci Seakan Android
Pengguna iOS tidak perlu lagi cemburu dengan pengguna Android kerana ciri kustomasi ini lebih kurang yang ada pada Android.
2. Safety Check – Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga
Ciri Safety Check boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk menghadkan akses akaun mereka dari pasangan.
3. Family Sharing – Kawal Peranti Anak Dengan Lebih Mudah
Terdapat banyak isu tentang akses kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan juga mengawal berapa lama mereka boleh menggunakan peranti setiap hari. Pada iOS 16, proses mengawal akan dipermudahkan menerusi Family Sharing yang dipertingkatkan.
4. Photos – Perkongsian Mudah Dengan Keluarga Menerusi iCloud
Dengan Shared Library, pengguna ekosistem Apple boleh berkongsi gambar yang diambil menggunakan iPhone terus dengan ahli keluarga. Gambar diselarikan dengan storan iCloud setiap ahli dalam kumpulan.
5. Photos – Sorok Gambar Dengan Face ID, Touch ID dan Kata Laluan
Gambar yang ingin disorokkan dari pengguna lain kini boleh dikunci di sebalik imbasan Face ID, Touch ID dan kata laluan dalam aplikasi Photos. Lepas ini, gambar privasi seperti kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran misalnya akan disimpan dengan selamat.
6. Photos – Melakukan Suntingan Yang Sama Pada Gambar Lain
Proses menyunting gambar dalam Photos turut dipertingkatkan dengan ciri melakukan suntingan yang sama pada gambar yang lain secara automatik. Katakanlah gambar A disunting supaya lebih kecil dan dikenakan penuras monokrom.
7. iMessage – Suntingan Teks dan Menarik Semula Mesej
Khas buat korang yang suka typo? Jangan risau kerana iMessage pada iOS 16 membenarkan suntingan teks yang dihantar asalkan ia dilakukan dalam tempoh 15 minit ia dihantar kepada penerima.
8. Face ID Pada Posisi Landskap
Selamat datang ke 2022 Face ID pada iPhone! Ciri yang sudah sekian lama disokong pada iPad Pro kini akhirnya diberikan kepada model-model iPhone tertentu dengan Face ID.
9. Live Text – Teks Dalam Video Boleh Dipilih
Ciri Live Text yang tahun lalu menyokong mana-mana gambar yang ditekan selama beberapa saat kini menyokongnya pula pada video. Oleh itu proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi boleh dilakukan terus dengan hanya sekali tekan. Sistem yang lebih mesra pengguna berbanding yang digunakan Google Lens.
10. Apple Wallet – Perkongsian Kunci Digital Lebih Selamat
Apple Wallet menyokong kunci digital untuk kereta, bilik hotel dan kampus sejak beberapa bulan yang lalu. Pada iOS 16, kunci digital yang dimiliki pengguna boleh dikongsi dengan selamat menerusi aplikasi pemesejan popular seperti Messages, Mail, dan WhatsApp.
11. Melihat Kata Laluan WiFi Pada Tetapan
Pada iOS 16 kata laluan WiFi akhirnya boleh dilihat oleh pengguna. Sebuah lagi ciri standard pada Android kini dipinjam oleh iOS!
12. Health – Peringatan Memakan Ubat
Aplikasi Health semakin berguna selepas kemas kini iOS 16. Terdapat ciri untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat. Ciri imbasan label ubat juga diberikan supaya nama ubat boleh dimasukkan ke dalam senarai preskripsi pengguna secara automatik.
13.Rapid Security Response – Tampalan Sekuriti Pantas Tanpa Disedari
Kelebihan Rapid Security Response ialah pemasangan tampalan sekuriti tidak lagi memerlukan kemas kini versi iOS seperti yang dilakukan selama ini. Ia turut tidak memerlukan peranti dimulakan semula untuk tampalan sekuriti terkini berfungsi.
14.Haptik Untuk Papan Kekunci
Papan kekunci iOS 16 turut boleh menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan.
15. CarPlay Untuk Semua Saiz Skrin Kenderaan
CarPlay baharu tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat automotif utama seperti Honda, Volvo, Jaguar dan Ford CarPlay kelak dapat digunakan pada kesemua skrin dalam kokpit kenderaan.
16. Audio Spatial Khusus Untuk Setiap Pengguna
Akhir sekali kustomasi kepada sistem audio spatial turut boleh dilakukan pada iOS 16. Dengan menggunakan kamera TrueDepth di bahagian hadapan iPhone, sistem akan menganalisa kepada pengguna bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih serasi untuk setiap pengguna.
Tapi ingat! Hanya peranti yang lebih baharu seperti iPhone X, iPhone 8 dan ke atas boleh memuat turunnya sekarang. iPhone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemas kini iOS 16.
Sumber: 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cara Block Iklan Pop-Up Dalam Apps Bagi iPhone Dan Android

Isi Kandungan
ToggleKorang mesti stres kan kalau tengah syok-syok main handphone, sekali keluar iklan pop-up.
Iklan-iklan macam ni bukan saja merimaskan tetapi ada juga daripadanya yang bertujuan untuk mengumpan pengguna memberikan maklumat peribadi dan info penting.
Selain tu, ada yang menawarkan free downloads atau software updates untuk cuba mengumpan korang memuat naik software-software yang tidak diperlukan.
Namun begitu, sebenarnya terdapat cara yang boleh digunakan untuk block iklan pop-up ini di handphone korang.
Bagi pengguna iPhone
1. Untuk menghentikan semua sounds, badges dan isyarat pop-up.
– Pergi ke Home Screen. Tekan Settings > Notifications > Show Previews > Never
2. Cara nak block pop-up hanya pada aplikasi tertentu
– Pilih aplikasi tersebut
– Settings > Notifications > On/Off
3. Sekat pop-up pada Safari
– Settings > Safari > Block
Bagi pengguna Android
1. Gunakan Opera Browser
2. Install Adblock Browser
3. Block iklan pop-up di Chrome
– Buka aplikasi Chrome
– Tekan tiga titik bertindinh di sebelah penjuru atas kanan, pilih Settings
– Tekan Block
4. Guna Data Saver Mode
Mode ini meminimumkan paparan pada handphone korang dan menawarkan pelayaran internet yang lebih lancar dan ringan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan data internet.
Caranya adalah seperti berikut:
– Tekan tiga titik bertindih pada penjuru atas kanan
– Pilih Settings dan hidupkan Data Server
Sumber: consumerinfo.my
Komputer Gaming Kini Jadi Peranti Bawa Pendapatan Lumayan

Tak dinafikan industri gaming kini semakin maju dan berkembang dengan cukup pesat. Malah sudah diketahui umum bahawa industri ini membawa pulangan nilai berbilion dolar.
Pemaju permainan video dan kelengkapan peranti gaming kini berlumba-lumba menghasilkan produk terbaik kepada pengguna.
Antara peranti yang paling mendapat sambutan ialah komputer riba dan komputer desktop yanh dihasilkan khusus untuk gaming.
Antara jenama yang sangat agresif menerajui inovasi komputer gaming ialah Acer. Dan untuk segmen ini mereka memperkasakan siri Predator yang kini sudah cukup terkenal di kalangan gamers.
Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan penambahbaikan baharu dalam rangkaian produk Predator Gaming. Ia didahulukan dengan komputer riba permainan video Predator Helios 500, yang dikuasakan grafik overclockable NVIDIA GeForce GTX 1070 dan pemproses Intel Core i9.
Selain itu Acer turut memperkenalkan Nitro 5, Predator Orion 5000, Nitro 50 dan skrin monitor Predator X27 yang dilengkapi paparan NVIDIA G-Sync HDR bagi pengalaman visual luar biasa.
Pengarah Perniagaan dan Produk Pengguna Acer Sales & Services Sdn Bhd, Johnson Seet berkata, industri e–sport di Malaysia melihatkan perkembangan yang sangat luar biasa. Pihaknya akan terus memantau dan menyokong industri ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kompetitif.