Semakin lama, semakin banyak pelan data yang menawarkan macam-macam pakej exciting kepada kita.
Beli pelan data je, ada kelebihan ekstra yang kita dapat seperti pakej media sosial, mesej sosial, muzik dan video tanpa had data.
Nampaknya sekarang dengan populariti permainan Player Unknown’s BattleGrounds (PUBG) di kalangan remaja, servis mobil digital iaitu Yoodo (di bawah pengurasan Celcom Axiata Berhad) semalam memperkenalkan pakej eksklusif PUBG Mobile Add-On.
Lepas ni, makin sakanlah korang main PUBG!
Pakej Add-On yang ditawarkan bermula 26 Januari sehingga 30 April ini sebenarnya memberi kelebihan kepada pemain PUBG tegar seperti korang kerana permainan ini kan menggunakan data selular yang banyak tanpa WiFi. Lepas ni, senanglah korang bila ada kuota data tertentu untuk PUBG Mobile je.
Pakej Add-On ini adalah khas untuk kesemua pengguna Yoodo, sesuai dengan kehendak Yoodo sendiri untuk menjadikan jenama mereka itu istimewa untuk para gamers.
Di samping menggunakan coverage 4G mereka, pemain tak lagi perlu risau untuk berbelanja lebih ketika bermain game.Untuk menikmatinya, ini yang korang perlu lakukan.