Mainan Lato Lato Dapat Elak Ketagihan Gajet, Tapi Ada Keburukannya Juga

Share
Sejak kebelakangan ini mainan yang dikenali sebagai lato-lato mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tidak kira usia
Tidak dinafikan permainan tersebut sekaligus dapat mengurangkan masalah ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Bagaimanapun, disebalik kebaikan itu, ada keburukannya juga.
Oleh hal demikian, ibu bapa sebaiknya diminta memantau anak-anak mereka sewaktu bermain permainan berkenaan bagi mengelakkan kecederaan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan tersebut dikenali sebagai Clacker kira-kira 50 tahun lalu dan telah diharamkan Pengurusan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak.

“Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.

Foto Via Indozone

“Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes-kes kecederaan melibatkan permainan ini,” katanya.

Pihak tersebut menjelaskan lagi, sebenarnya permainan ini juga mempunyai kebaikannya, walau ada beberapa keburukan tersendiri.

“Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup-cukuplah bermain gajet. Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain.

Flickr/marianne muegenburg cothern

“Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain. Namun, kalau siang malam main tanpa henti, memang tertekan ibu ayah,” tulisnya panjang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath