Baru-baru ini, kabinet telah memutuskan tempoh cuti bersalin bergaji untuk dipanjangkan dari 60 hari ke 98 hari secara berterusan menerusi kemas kini penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Ini sekaligus merupakan satu bentuk ‘kemenangan’ kepada kumpulan hak asasi buruh dan wanita yang selama ini memperjuangkan hal ini.
Begitupun, disebabkan tempoh cuti bersalin bergaji yang lebih panjang ini, khabarnya para majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini 6 Sebab Fresh Grads Dijangka Susah Dapat Kerja Tahun Depan
Sebaik sahaja kemas kini akta ini diumumkan, Dewan Perniagaan Cina Bersekutu (ACCCIM) mengambil inisiatif melaksanakan satu tinjauan dalam kalangan majikan untuk mendapatkan respon mereka terhadap kesan pindaan akta ini.
Seperti dijangka, rata-rata majikan tidak bersetuju dengan perlaksanaan cuti bersalin bergaji lebih panjang.
Pada pandangan para majikan, ini hanya mengakibatkan peningkatan kos operasi yang ketara setelah kadar produktiviti dan kecekapan menguruskan syarikat masing-masing akan berkurangan dengan ketiadaan pekerja wanita tersebut.
Selain itu, majikan juga perlu mengupah pekerja sambilan atau mengambil graduan latihan (intern) bagi mengisi kekosongan selama tiga bulan itu; lalu mengakibatkan kos pengurusan meningkat.
Tinjauan sama mendapati lebih ramai majikan berbangsa Cina yang sekarang cenderung untuk menggaji pekerja lelaki disebabkan kebenaran cuti bersalin bergaji yang lebih lama ini.
BACA LAGI: Bolehkah Pekerja Yang WFH Tuntut Bayaran Bil Elektrik Daripada Majikan?
Bukannya hendak mematahkan semangat bakal-bakal graduan perempuan di Malaysia. Namun, inilah realiti persekitaran dunia kerjaya di negara kita.
Apa pendapat korang?
Sumber : Malay Mail
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.