Pada zaman di mana kebanyakan anak muda lebih tertarik dengan strategi ‘lompat’ syarikat demi meningkatkan portfolio kerjaya masing-masing, masih wujud sebenarnya pekerja yang setia dengan majikan mereka disebabkan layanan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.
Tular di laman sosial TikTok baru-baru ini mengenai majikan muda di sebuah stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah yang mengiktiraf pekerjanya dengan menghadiahkan pakej Umrah kepadanya.
Perkongsian video pemberian hadiah berkenaan oleh pengguna TikTok benama Siti Nur Ahmad aka @siti5874 itu difahamkan demi memberi inspirasi kepada majikan-majikan serta para pekerja lain untuk mewujudkan persekitaran bekerja yang kondusif dan harmoni.
Pekerja yang menerima ganjaran itu dikenali sebagai Yusuf dan khabarnya telahpun setia berkhidmat di stesen minyak berkenaan selama 27 tahun!
Memang layak pun beliau menerimanya kan.
Encik Yusuf ketika acara penyampaian dalam kalangan staf stesen minyak Petronas Pendang. Tangkap Layar: TikTok @siti5874Tangkap Layar: TikTok @siti5874
Selain pakej Umrah, majikan berkenaan juga menaikkan semangat para pekerja lain dengan memperkenalkan anugerah pekerja terbaik serta mutu perkhidmatan terbaik pada setiap bulan. Tanpa mengira pangkat, ia terbuka kepada juruwang, pegawai mahupun pengurus kanannnya untuk memilikinya. Asalkan bekerja dengan baik, mesti berpeluang!
Ads
Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet memuji cara majikan stesen minyak di Pendang ini menguruskan kakitangannya dan mendoakan agar rezeki mereka akan berlipat kali ganda.
Turut ada pada ruang itu adalah komen daripada anak Yusuf. Dikenali sebagai Sabri yang dilahirkan pada tahun ayahnya mula berkhidmat di stesen minyak itu, dia menitipkan kata-kata bangga dengan pencapaian Yusuf.
Ads
“Tahniah ayah. Tidak sia-sia ayah kerja sana lama. Sama umur abang ayah berkhidmat. Alhamdulillah rezeki ayah,” catatnya.
Macam inilah baru onz! Pekerja pun lebih bersemangat malah akan terus setia dengan majikan sama jika menerima imbuhan setimpal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut tentang promosi diskaun, jangan kata orang perempuan, lelaki pun ada kalanya terpedaya dengan jualan murah yang sering dianjurkan oleh beberapa jenama tak kiralah makanan, gajet atau pakaian.
Selalu kita baca tentang promosi Food & Beverages je kan? So, kali ini kami nak beritahu dekat korang bahawa Guardian telah pun mengadakan jualan penghabisan stok dengan harga serendah RM2.
Kedatangan Ramadan paling dinanti oleh seluruh umat Islam kerana pada bulan yang mulia ini, sudah tentu ramai individu mahu mengejar pahala beribadat.
Paling istimewa bila mana setiap malam, umat Islam dapat mengerjakan solat tarawih di surau atau pun masjid yang berdekatan. Waktu inilah kita dapat merasai ukhwah di antara umat Islam yang berpusu-pusu ke masjid untuk melakukan ibadah tarawih.
Biasanya, kita sedia maklum imam-imam di masjid diketuai oleh lelaki dewasa dan ada juga segelintir bahagian pengurusan masjid yang menjemput pelajar-pelajar tahfiz menjadi imam, mungkin untuk memberi pendedahan buat anak muda bagi memimpin dalam solat.
Imam Muda Solat Tarawih
Apa yang menariknya, seorang tahfiz yang baru berusia 13 tahun telah menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang. Dikenali sebagai Faris Farhan, pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam ini menarik perhatian netizen kerana bacaannya yang merdu serta usianya yang masih muda.
Alhamdulillah, ibu bapa adik Faris mesti bangga melihat anak mereka menjadi imam di masjid seawal usia 13 tahun. Semoga remaja ini berjaya dunia dan akhirat, serta mampu memberi inspirasi buat anak muda.
Congrats Faris!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan penggunaan Touch n Go eWallet banyak memberikan manfaat buat pengguna kerana menawarkan pelbagai diskaun pembelian di beberapa jenama terpilih.
Kini, Touch n Go eWallet telah mengambil bahagian di dalam program e-Tunai Rakyat, iaitu satu inisiatif digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada pembentangan belanjawan 2020 yang lalu.
Melalui inisiatif ini, korang yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk menerima Rm30 seorang melalui Touch n Go eWallet.
Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehinga 14 Mac 2020. Korang boleh buat tuntutan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan tersebut.
Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana daripada 110,000 rakan niaga yang menerima penggunaan Touch n Go eWallet seperti restoran dan kedai makan, stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan juga pasaraya.
Korang juga boleh buat membuat bayaran untuk bil telefon bimbit, pembelian dalam aplikasi seperti pembayaran ruang letak kereta dan juga bayaran tol melalui ciri-ciri unik eWallet seperti PayDirect dan RFID.
So guys, jangan lupa bermula 15 Januari depan untuk tuntut dengan Touch n Go eWallet. Rugi pula kalau tak digunakan manfaat yang ada bukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...