Majikan Muda Stesen Minyak Taja Pekerja Senior Pakej Umrah, Juga Perkenal Anugerah Pekerja Ikut Prestasi

Share

Pada zaman di mana kebanyakan anak muda lebih tertarik dengan strategi ‘lompat’ syarikat demi meningkatkan portfolio kerjaya masing-masing, masih wujud sebenarnya pekerja yang setia dengan majikan mereka disebabkan layanan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Tular di laman sosial TikTok baru-baru ini mengenai majikan muda di sebuah stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah yang mengiktiraf pekerjanya dengan menghadiahkan pakej Umrah kepadanya.

Perkongsian video pemberian hadiah berkenaan oleh pengguna TikTok benama Siti Nur Ahmad aka @siti5874

itu difahamkan demi memberi inspirasi kepada majikan-majikan serta para pekerja lain untuk mewujudkan persekitaran bekerja yang kondusif dan harmoni.

Pekerja yang menerima ganjaran itu dikenali sebagai Yusuf dan khabarnya telahpun setia berkhidmat di stesen minyak berkenaan selama 27 tahun!

Memang layak pun beliau menerimanya kan.

Encik Yusuf ketika acara penyampaian dalam kalangan staf stesen minyak Petronas Pendang. Tangkap Layar: TikTok @siti5874
Tangkap Layar: TikTok @siti5874

Selain pakej Umrah, majikan berkenaan juga menaikkan semangat para pekerja lain dengan memperkenalkan anugerah pekerja terbaik serta mutu perkhidmatan terbaik pada setiap bulan. Tanpa mengira pangkat, ia terbuka kepada juruwang, pegawai mahupun pengurus kanannnya untuk memilikinya. Asalkan bekerja dengan baik, mesti berpeluang!

Tinjauan di ruangan komen mendapati warganet memuji cara majikan stesen minyak di Pendang ini menguruskan kakitangannya dan mendoakan agar rezeki mereka akan berlipat kali ganda.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibadah Umrah Kini Jadi Trend Melancong? Maulana Beri Peringatan & Kongsi Erti Sebenar Umrah – REMAJA

Turut ada pada ruang itu adalah komen daripada anak Yusuf. Dikenali sebagai Sabri yang dilahirkan pada tahun ayahnya mula berkhidmat di stesen minyak itu, dia menitipkan kata-kata bangga dengan pencapaian Yusuf.

“Tahniah ayah. Tidak sia-sia ayah kerja sana lama. Sama umur abang ayah berkhidmat. Alhamdulillah rezeki ayah,” catatnya.

@siti5874 Pakej Umrah untuk Yusuf yg telah berkhidmat 27tahun di Petronas Pendang🙏 #fy #seo
#fypp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #foryou ♬ tak akan pernah jauh – bigboss

Macam inilah baru onz! Pekerja pun lebih bersemangat malah akan terus setia dengan majikan sama jika menerima imbuhan setimpal.

BACA LAGI: 24,000 Pelajar IPT Malaysia Pilih Siapakah Majikan Terbaik, Tak Menyesal Kerja – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ