Majlis perkahwinan tertutup tidak asing lagi bagi golongan selebriti.
Penyanyi dan pemuzik, Sia baru-baru ini dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia bersama kekasih, Dan Bernad. Kedua-duanya melangsungkan perkahwinan di Villa Olivetta, Portofino, Itali.
ARTIKEL BERKAITAN : Lebih Mudah, FamilyMart Perkenal Kiosk Pintar Pertama Di Stesen Minyak
Sia dan Dan Bernad berkahwin selepas dua tahun berpacaran. Sebelum ini, hubungan cinta mereka jarang ditonjolkan di khalayak ramai.
Perkahwinan itu diadakan secara intim dan tertutup dengan hanya dihadiri empat tetamu sahaja. Sungguhpun begitu, suasana romantik tetap terasa dari hiasan dan pakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin.
Jika dilihat dari foto yang tersebar, majlis perkahwinan pelantun lagu Chandelier itu kelihatan begitu cantik dan romantik sekali. Dekorasi gazebo yang dihiasi dengan bunga merah jambu dan ungu, lilin yang dinyalakan di atas meja berwarna emas menambah kesan kemesraan dan kemewahan.
Sia memakai gaun renda merah jambu dengan potongan duyung. Busana gaya Eropah klasik ini mempunyai kolar tinggi dengan lengan 3/4 dan aksen butang di bahagian dada.
Untuk info, ini merupakan perkahwinan ini adalah yang kedua buat Sia. Sia sebelum ini pernah berkahwin dengan Erik Anders di Palm Springs, California, Amerika Syarikat pada 2014. Malangnya, perkahwinan itu hanya bertahan dua tahun kerana terpaksa berakhir dengan perceraian.
Kini setelah 12 tahun, pelantun lagu Chandelier ini kembali mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya. Tahniah kami ucapkan buat Sia dan suaminya.
BACA LAGI : “Dia Matang, Tegas Walaupun Berbadan Kecil..” Jiggy Memperisterikan Dhabitah Sabri Secara Tertutup
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.