Mengapa Stadium Shah Alam TIDAK Dipelihara Seperti Kota Darul Ehsan?

Share

 

Perancangan kerajaan negeri Selangor untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil khabarnya tidak dipersetujui oleh ramai pihak atas sebab-sebab tertentu dan berharap agar ia dapat dipertahankan.

Ujar Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Shah Alam, ia menyifatkan stadium tersebut bukan sahaja bermakna kepada rakyat negeri; bahkan ia merupakan bukti janji Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mahukan pentadbiran lengkap di Selangor sewaktu hayat Baginda.

Almarhum Sultan pada ketika itu ingin melihat Selangor mempunyai sebuah stadium bertaraf antarabangsa dan terkenal di Asia Tenggara; selain menjadi gelanggang kepada ramai pemain antarabangsa.

“Sepatutnya, Stadium Shah Alam dipertahankan kerana ia sangat dekat dengan sejarah penubuhan Bandaraya Shah Alam itu sendiri yang dicetuskan Almarhum Sultan,” kata pengerusinya, Datuk Azhari Shaari.

ARTIKEL BERKAITAN : Fakta tadium Shah Alam Yang Dulu Adalah ‘Rumah’ Harimau Malaya – REMAJA

Mereka turut membandingkan nilai sejarah yang ada pada Stadium Shah Alam kepada pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan yang memisahkan sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Pintu gerbang Kota Darul Ehsan sewaktu kunjungan DYMM Sultan Selangor bersama Menteri Besar pada waktu itu iaitu Datuk Seri Azmin Ali. Sumber Foto : The Star

Untuk pengetahuan, stadium baharu yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri adalah lebih kecil dan  berkapasiti 30-000 hingga 40,000 orang penonton sahaja berbanding kapasiti 80,300-nya sekarang. Ia demi memudahkan urusan  penyelenggaraan stadium yang jujurnya tidak terjaga sekarang terutamanya pada bahagian bumbungnya.

Namun jika difikir semula, masalah kerosakan fasiliti di stadium ini tidak akan timbul jika kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala dan mengikut jadual.

Selain itu, dalam bab kos penyelenggaraan Stadium Shah Alam sekarang yang dikatakan tinggi disebabkan saiznya, seharusnya pihak pengurusan merujuk kepada cara pengurusan stadium berskala besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Putra Bukit Jalil.

Ia tidak bergantung sepenuhnya kepada kutipan tiket dan aktiviti bersukan saja. Malahan ia mempromosikan kawasan sekitar kompleks sukan itu dengan penganjuran karnival, sebagai contoh.

Di selatan Semenanjung pula, Stadium JDT juga sudah mula mewarnai kawasan stadium dengan pelbagai aktiviti rekreasi baharu yang dibuka kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Stadium JDT Dijangka Dipenuhi Pelancong Kerana ‘Hummer Tour’ – REMAJA

Apa pendapat korang? Setujukah korang dengan perobohan dan pembangunan semula Kompleks Sukan Stadium Shah Alam ini?

BACA LAGI : Stadium Nasional Bukit Jalil Mungkin Berubah Nama Tidak Lama Lagi – REMAJA

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ