Alam rumahtangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.
Malah dikatakan ramai pasangan muda di bawah usia lima tahun perkahwinan berakhir dengan perceraian atas alasan tidak persefahaman.
Tanggungjawab anak lelaki terhadap isteri dan mak harus seiring dan lelaki harus bijak membuat keputusan.
REMAJA menemuramah Naqib Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?
Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.
Ads
“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.
“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak. Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.
Mana lebih urgent, kalau dua-dua minta tolong serentak? Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.
Ads
“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.
Jangan jadi lelaki dayus? Jelas Ustaz Shahril, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.
Ads
“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Remaja di negara Barat pastinya sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Kekasih pada hari ini, 14 Februari. Menariknya, bukan mereka saja yang akan menjadi romantik pada minggu ini apabila remaja berketurunan Cina turut akan menyambut Hari Kekasih versi mereka ESOK pada 15 Februari bersempena Chap Goh Mei!
Walaupun kedua-duanya jatuh pada minggu yang sama, budaya serta cara sambutannya sama sekali berbeza.
Di negara Barat, Hari Kekasih disambut secara besar-besaran oleh mereka yang sudah berpasangan (yang single, main jauh-jauh). Khabarnya, pendapatan pelbagai sektor perniagaan pada malam ini saja adalah di antara yang paling menguntungkan sepanjang bulan Februari.
Iyalah, semua lelaki akan sanggup berbelanja besar untuk membawa pasangan ke restoran mewah, membelikannya coklat, bunga, hadiah dan macam-macam lagi bentuk hadiah yang akan diterima oleh teman wanitanya dengan tangan terbuka.
Budaya Hari Kekasih di negara Barat juga ibarat sudah sebati dengan paparan dalam filem serta drama Hollywood sehinggakan ramai terikut-ikut dengannya.
Lain pula ceritanya dengan cara masyarakat Cina menyambut Hari Kekasih meraka.
Sambutan Chap Goh Mei pada malam ke-15 esok amat popular dalam kalangan remaja berketurunan Cina di Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.
Hari yang juga dikenali sebagai Festival Tanglung ini menyaksikan kediaman mereka terang-benderang dihiasi nyalaan tanglung pelbagai bentuk.
Jadi, di mana bahagian romantiknya?
Well, Chap Goh Mei memberi peluang kepada remaja yang masih single untuk mencari jodoh menerusi tradisi membaling oren.
Si gadis akan menulis nama dan nombor telefon mereka di atas buah oren (mungkin pada zaman ini, mereka perlu sertakan sekali akaun Instagram dan TikTok) sebelum membalingnya ke dalam tasik, sungai atau laut sambil berharap ia akan dikutip oleh bakal jodoh mereka.
Mengikut kepercayaan, tradisi ini telah dimulakan oleh masyarakat Hokkien di selatan China pada abad ke-19 dan kini semakin popular dipraktikkan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Hhm, biarkan takdir jodoh bergantung kepada buah oren – romantik tak? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam hantaran sama, Saidah berkata dia tidak menyangka mereka akhirnya bertunang meskipun ada segelintir pihak yang tidak yakin dengan hubungan mereka memandangkan jarak usia yang agak jauh.
Menurut laporan, pasangan sama cantik sama padan ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Malah, menurut Munzatar juga dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawap sebagai seoarang suami dalam usia muda.
Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Sedikit info, Muntazar juga merupakan adik kepada pelakon kanak-kanak yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Firdaus Ghufran. Manakala, Saidah pernah membintangi drama Kerana Cinta Itu Ada, Tentang Hati Dia dan Rajuk Karina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tambah pula jika anak bongsu dalam keluarga tersebut adalah lelaki. Ada juga segelintir perempuan yang takut untuk bersuamikan anak bongsu kerana bimbang terlalu dikongkong oleh ibunya.
Nah, sekarang ni kita dah di tahun 2019 sis. Semua pun berubah dan tak seperti yang dimomokan sebelum ini.
Ada beberapa kelebihan yang membuatkan anak lelaki bongsu ini adalah calon suami terbaik untuk korang sebenarnya.
Jom kita lihat antara karakter-karakter mereka:
1. Berani cuba sesuatu yang baru
Anak lelaki bongsu seorang yang suka explore tentang sesuatu perkara atau tempat-tempat yang baru. Dia suka mencabar dirinya untuk melakukan perkara yang dia tidak pernah buat.
2. Mudah bergaul
Disebabkan dikelilingi kakak atau abang di dalam keluarga, mereka lebih pandai membawa diri sewaktu berada di luar dan mudah bergaul dengan orang lain.
3. Matang dan pandai berdikari
Walaupun nampak macam budak-budak, tapi anak bongsu lelaki ni seorang yang berdiri. Kalau duduk seorang diri di rumah, tahulah mereka nak buat kerja sendiri seperti memasak tau mengemas rumah.
4. Bijak merancang masa hadapan
Oleh kerana sikap teliti yang ada pada anak bongsu lelaki ini, jadi mereka selalunya sudah mempunyai perancangan masa depan mereka dari segi kehidupan dan kewangan.
5. Optimis
Biasanya, siapa saja yang berkawan dengan anak bongsu lelaki ini akan jadi lebih positif dan bersemangat. Sifat itu dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan kerana mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga.
6. Happy go lucky
Ceria dan suka ketawa. Tak kisahlah waktu ada masalah atau tidak, mereka pandai menyembunyikan perasaan dan sentiasa nampak happy.
7. Hormat orang tua
Bukan saja dididik oleh kedua ibu bapa, malah kakak serta abang mereka juga sering kali mengingatkan mereka untuk sentiasa menghormati orang lain, terutamanya yang lebih tua. Jadi bila berjumpa dengan orang tua, mereka memang akan mudah disenangi.
8. Romantik
Jangan tak tahu, anak bongsi lelaki ni juga seorang yang romantik. Sifat manja dan kadang-kadang seperti keanak-anakkan membuat mereka lebih bersifat romantis.
Pendek kata, siapa yang mendapat pasangan anak bongsu lelaki ni tak perlu nak risau, sebaliknya korang kena bersyukur kerana mereka mempunyai sikap-sikap yang baik untuk dijadikan calon suami.
Tapi, kami tak cakap la anak sulung atau kedua, dan sebagainya tak baik. Hiks!
Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Tepuk dada tanya selera.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...