Usahawan yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid tampil berkongsi berita gembira memaklumkan penyanyi itu berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai.
Menerusi hantaran di Instastory Instagram, Asyraf turut menumpang gembira selain menzahirkan rasa kagum dengan apa yang dimiliki penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu selepas segala keringat sebagai seorang anak seni dan usahawan akhirnya berbayar.
Selain itu, kejayaan yang dimiliki ibu tirinya itu juga menjadi inspirasi buat dia dan isteri tercinta yang juga pelakon dan usahawan, Tya Ariffin untuk bekerja lebih keras lagi.
“Tahniah Mak Iti (nama panggilan Siti) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.
Ads
“Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya. Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti.
Ads
“Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti. Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini. Harapnya lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel,” coretnya panjang.
Sempat REMAJA menjengah di Instastory Siti, penyanyi lagu Kau Kekasihku yang kini berada di Dubai bersama keluarga kecilnya itu ada berkongsi beberapa klip video dan foto mendedahkan kediaman jenis kondominium baharunya itu yang dipercayai terletak di The Address, Dubai Mall.
Ads
Dalam hantaran itu juga, Siti meluahkan rasa syukur dan berkongsi ruang kediaman dan pemandangan yang dikelilingi dengan bangunan pencakar langit.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini, pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard sebelum ini. Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.
Selepas move on dengan kes tersebut, terbaru Johnny Depp dikatakan meraih RM16 juta dalam masa beberapa jam sahaja dengan menjual koleksi sulung miliknya. Koleksi bernama Friends & Heroes itu secara rasminya telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.
Bintang Hollywood terkenal itu telah mempamerkan koleksi karya seni dengan merangkumi 780 lukisan edisi terhad di 37 galeri Castle Fine Art.
Menerusi laporan BBC, Johnny Depp menjual 780 lukisannya dalam masa beberapa jam dan lukisan utamanya iaitu empat potret artis dijual satu set pada harga RM80,000.
Johnny Depp juga berkongsi karyanya melalui hantaran Instagram.
Koleksi tersebut adalah sebahagian daripada koleksi Friends and Heroes Johnny Depp yang menampilkan empat potret artis iaitu Bob Dylan, Elizabeth Taylor, Al Pacino dan Keith Richards.
Johnny Depp menyatakan potret artis tersebut adalah orang yang memberi inspirasi kepadanya.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya.
Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya. Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun korang semua Gen-Y dan Gen-Z (& fine, jauh LEBIH TUA berbanding kami), pastinya nama Westlife dan lagu-lagu mereka tak janggal di telinga semua.
Boy band popular dari Ireland ini adalah idola dan crush kebanyakan remaja yang lahir dan membesar pada era 90-an dan awal 2000-an. Selain daripada memiliki berbelas-belas buah lagu yang menduduki kedudukan teratas dalam carta lagu, Westlife juga terkenal sebagai band yang mengolah lagu-lagu lama menjadi malar segar.
Uptown Girls, remember?
Walaupun Shane, Nicky, Kian, Mark dan bekas ahlinya, Brian sudah lama tidak menjadi topik bualan kita semua, namun lagu mereka masih kekal menjadi kegemaran ramai.
Untuk pengetahuan korang, Westlife baru-baru ini telah melakukan reunion mengejut setelah 7 tahun tidak mengeluarkan projek terbaru.
Bagi yang masih belum mendengar lagu baru mereka Hello My Love pada 11 Januari lalu, pergi dengar cepat! Selain itu, Westlife juga sedang bersiap sedia untuk memulakan jelajah konsert termasuklah Asia Tour pada tahun ini.
Baru-baru ini, Westlife telah mengunjungi Singapura dan sempat merekodkan temuramah bersama rakan media di Channel News Asia Lifestyle.
Singapura adalah destinasi istimewa untuk Westlife kerana Singapuralah lokasi penggambaran untuk klip video Lay My Love dan juga lokasi anugerah MTV Asia Award.
***
“Kami rindu menyiapkan album baru, menyanyi di hadapan peminat dan menjelajah dunia. Apabila menonton band baru melakukan persembahan, rasa rindu itu sudah tentu ada. Tambahan pula bila peminat sering meminta agar melakukan comeback..this is a must.
“Sekarang, genre yang biasa kami nyanyikan sudah kembali. Contohnya seperti lagu Perfect (Ed Sheeran) atau A Star Is Born (Lady Gaga), ia adalah muzik yang sama seperti kami,” kata mereka.
Tambah Westlife, “Kami ingin sekali lakukan duet bersama grup Korea seperti BTS. Mungkin mereka boleh lakukan tarian dan kami hanya menyanyi..? Tapi kami inginkan kolaborasi itu.”
Hhm, macam manalah bunyi Westlife campur BTS? Kenalah tunggu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, rata-rata rakyat bercerita tentang kegagalan facebook, Whatsapp dan Instagram yang gagal berfungsi, seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa media social.
Namun isu pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga menjejaskan ribuan rakyat ternyata memberikan impak berbeza bagi sesetengah rakyat apabila ramai yang mula bersuara dan mula menyalahkan kegagalan pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.
Menurut laporan terkini dari FB Kementerian Kesihatan, sejumlah 937 orang dirawat dengan 12 daripada mereka masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berikutan pencemaran akibat pembuangan bahan kimia Khamis lalu.
Penularan gambar kanak-kanak yang muntah di dalam plastik beg kuning dengan kesukaran bernafas juga turut mengundang simpati yang bukan sedikit berikut kes ini dianggap begitu luar biasa kerana ramai yang terjejas.
Baca luahan hati rakyat yang tular di media social berikutan kes pencemaran sisa kimia ini.
Isu ini terus mendapat perhatian apabila persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini menyiarkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengemukakan usul tergempar susulan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor dibahaskan dan usulnya itu akan didengari pada jam 4.30 petang ini.
Dalam nada tegas, beliau merayu kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin supaya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan isu ini dengan kadar segera.
Katanya, usul tergempar itu telah difailkan kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pagi tadi.
Beliau yang marah bercampur geram turut merayu supaya usul itu dibahas dan diputuskan hari ini juga.
“Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan isytiharkan darurat di Pasir Gudang mulai hari ini juga.
“Yang Berhormat (YB) Menteri, tolong saya. Pagi tadi saya telah hantar surat kepada Yang DiPertua (Dewan Rakyat) supaya usul tergempar dibentangkan di Parlimen pada hari ini, bukan hari Isnin akan datang.
“Saya minta soal teknikal diketepikan, ini soal nyawa. Saya minta usul darurat ini dibincang, dibahaskan hari ini,” tegasnya yang turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen yang hadir.
Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam, kata Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali.
Dr. Mohd Rizal, yang juga merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.
“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus.
Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI
Dr. Mohd Rizal berkata bagaimanapun, kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.
Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah.
Katanya, antara lokasi yang boleh menyebabkan orang awam terdedah dengan gas metana adalah kawasan pelupusan sampah dan pusat penyimpanan bahan kimia. Namun, gas ini sukar untuk dikesan memandangkan ia tiada bau.
Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak.
Remaja difahamkan, bukan satu gas iaitu metana sebaliknya ada lapan jenis bahan kimia di Sungai Kin Kin yang kini mengancam nyawa penduduk sekitar Pasir Gudang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...