Mak, Kenapa Mata Saya Rasa Macam Nak Tercabut! Shahira

Share

“Mak, mata kita rasa sakit. Rasa seperti terkeluar,” kata Shahira.

Setiap hari, mulutnya tak pernah lekang dengan ayat tersebut. Dia hanya tahu menyebut perkataan sakit kerana matanya seperti mahu jatuh.

Bila dibawa ke hospital,  doktor mengesahkan mata bengkak itu sebenarnya adalah tumor. Masa berlalu, dari usianya 11 tahun hingga kini mencecah 19 tahun, kansernya semakin merebak dan kini sudah semakin serius kerana matanya mulai keluar dari ruang.

Terkini, matanya sudah terbonjol keluar dan jika tidak dilindungi di sebalik cermin mata, kemungkinan kanak-kanak yang melihat akan berasa takut.

Matanya semakin terbonjol keluar akibat tumor

Inilah derita dialami oleh Nurshahira Junuh, 19 tahun dari Sungai Durian, Kuala Krai sejak 8 tahun lalu apabila tumornya semakin menekan saraf matanya.

Dalam seminggu, gadis remaja ini pasti akan demam dan tidak pernah sekalipun kuman itu tidak menyerang tubuhnya.

Akui gadis ini, mata kirinya  acap terasa sakit dan seringkali juga dia pening sehingga tidak dapat bekerja. Mulai tahun lepas, mata saya tersembul keluar. Malah saya juga sudah tidak dapat melihat lagi,” katanya yang sudah menjalani pemeriksaan doktor.

Bercerita tentang penyakit dihadapinya sejak di sekolah rendah lagi gadis itu berkata, kini dia hanya tinggal di rumah menemani ibunya yang juga ibu tunggal setelah kematian bapanya 11 tahun lalu.

Menurutnya,penyakit itu juga juga melayakkan dia menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU).

” Saya teringin sangat bekerja seperti orang lain selepas habis belajar tetapi masalah penglihatan menghadkan pergerakan saya yang perlu diteman untuk keluar rumah,” katanya  di mana dia amat berharap agar dapat menjalani pembedahan dengan kadar segera serta kembali pulih seperti sedia kala.

Tidak hanya diuji dengan tumor di mata yang semakin serius, anak gadis ini turut mengidap ketumbuhan seperti lendir di kakinya yang menyukarkan dia untuk berjalan.

Lendir di tapak kakinya semakin membesar sehingga dia sukar berjalan

Setia menemani anak yang semakin sulit kesihatannya, kata ibunya, Rohani Ismail, 58, dia turut sedih penglihatan anaknya makin teruk serta berharap ada pihak tampil membantu supaya mata anaknya dapat dibedah.

Sekian lama merayu untuk bantuan OKU tetapi ditolak, dengan bantuan wartawan Sinar Harian baru remaja ini peroleh bantuan bulanan dari JKM

Menceritakan saat awal anaknya menghadapi penyakit ini, wanita ini berkata pada mulanya anaknya kerap demam sehinggalah berpanjangan hingga tempoh 10 hari.

“Selepas itu saya bawa ke Hospital Kuala Krai dan doktor  membuat pemeriksaan mata dan mendapati mata kirinya tidak dapat melihat.

 

“Kemudian anak saya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia  ( HUSM) Kubang Kerian, doktor memberitahu anak saya perlu dibedah,” katanya dalam nada sedih.

Membuat rujukan kedua di sebuah hospital swasta oleh anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur, pihak hospital memaklumkan kos pembedahannya mencecah RM60,000 demi menukar bebola matanya sekali gus menyelamatkan nyawa.

Namun sebagai suri rumah, ibu tunggal dia langsung tidak mampu. Biar anak-anaknya bekerja tetapi belum dapat menampung perbelanjaan sebanyak yang diperlukan.

Jika anda prihatin membantu remaja ini, boleh salurkan bantuan ke akuan CIMB milik Rohani binti Ismail di akaun 7611556951.

Semoga setiap ganjaran ini dapat membantu remaja ini meneruskan kehidupannya ke arah lebih baik. Kredit Azura Mohamad, Skuad Kuala Krai

Published by
Almaswa Haji Che Ros