Luluh hati apabila seluruh ahli keluarga disayangi hilang dalam sekelip mata.
Itulah situasi yang perlu dilalui Muhammad Badrul Hafiz Mohd Jamil, 22, apabila dia kehilangan kedua ibu bapa serta adiknya yang maut dalam kemalangan petang semalam. Muhammad Badrul berkata, dia seperti kehilangan arah tujuan apabila mengetahui kesemua ahli keluarganya meninggal dalam kejadian itu.
“Pada mulanya saya seperti tidak percaya apabila mendapat tahu ayah, mak dan adik terlibat dalam kemalangan. Apabila melihat sendiri keadaan kenderaan yang dinaiki mereka di tempat kejadian, barulah saya percaya mereka sudah tidak ada,” katanya ketika ditemui di Kampung Tersusun Balun Bidai di sini semalam.
Muhammad Badrul adalah anak sulung kepada pasangan mangsa kemalangan maut yang berlaku di KM 30 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di Kampung Teluk Memali petang semalam.
Ads
Dalam kejadian pada jam 5.24 petang itu, kereta yang dinaiki oleh tiga beranak iaitu Mohd Jamil Utok, 46, Rohaida Sidak, 48, dan anak mereka Nor Syarina Mohd Jamil, 19, bertembung dengan sebuah lagi kenderaan mengakibatkan Rohaida dan Nor Syarina maut ditempat kejadian manakala Mohd Jamil disahkan meninggal dunia lima jam kemudian ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.
Akibat kejadian itu, Muhammad Badrul kini tinggal sebatang kara apabila kedua ibu bapanya serta adik tunggal itu maut dalam kejadian berkenaan. Muhammad Badrul berkata, pada mulanya dia amat sukar untuk menerima keadaan itu memandangkan hubungan mereka sekeluarga begitu akrab.
“Pada mulanya saya rasa kosong apabila mendapat tahu mak, ayah dan adik telah pergi meninggalkan saya seorang diri. Keluarga kami agak kecil dan hubungan kami begitu rapat terutama adik perempuan saya itu yang memang menjadi teman rapat serta teman bergaduh. Selepas ini semuanya hanya tinggal kenangan sahaja memandangkan mereka sudah pergi meninggalkan saya,” katanya.
Ads
Katanya, ketiga-tiga ahli keluarganya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku.
“Pada hari kejadian juga mak tetap berpesan kepada saya seperti hari-hari sebelumnya supaya berhati-hati ketika ke tempat kerja. Manakala dengan arwah ayah saya tidak sempat berjumpa pada pagi kejadian kerana dia menghantar adik ke sekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak. Pada hari itu ayah dan mak membawa adik ke Teluk Intan untuk membeli kelengkapan sekolahnya yang perlu ditambah,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Kampung Gajah.
Katanya, dia reda menerima ketentuan itu namun perasaan sedih tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Ads
“Saya memang terasa kehilangan mereka memandangkan mereka sahaja ahli keluarga terdekat saya. Sekarang di rumah ini masih ada lagi saudara-mara kami, selepas ini bila mereka pulang tentu saya rasa sunyi sangat-sangat dan setakat ini juga saya tidak ada sebarang rancangan lagi sama ada untuk terus tinggal di rumah ini atau berhijrah ke tempat lain,” katanya.
Jenazah tiga beranak itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Changkat Ramai dalam satu liang lahad pada jam 11.30 pagi ini.
Ramai anak gadis suka menunjukkan tutorial mengenakan make up atas alasan mereka juru solek dan sebagainya. Masa yang sama, ada ketikanya ketika berada di luar ramai mengenakan alat solek berlebihan untuk menarik mata lelaki untuk memerhatikannya.
Bukan saja di kalangan anak gadis tetap ramai wanita yang sudah berkahwin juga adakalanya mengenakan alat solek berlebihan tanpa mengetahui hukumnya.
REMAJA siarkan perkongsian dari Mufti Wilayah, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengupas isu ini.
Assalamualaikum w.b.t
Boleh saya minta nasihat sikit. Saya tertanya-tanya sebenarnya apakah hukum bagi wanita memakai lipstik? Adakah perkara tersebut termasuk kebiasaan wanita jahiliyyah? Sebabnya saya pun tak mahulah orang lain melihat saya sebagai seorang yang selekeh yang tidak pandai mengurus diri. Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan.
Jawapan : Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Mukadimah Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.
Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya. Firman Allah SWT :
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” (Surah al-A’raf : 32)
Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/89-90)
Hukum memakai lipstik
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, hukum wanita memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain adalah harus sebagaimana umum firman Allah SWT : هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya :“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (Surah al-Baqarah : 29)
Walau bagaimanapun, wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-Nur. Al-Quran telah meletakkan batas-batas syariat tersebut, sebagaimana firman Allah SWT : وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya :“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur : 31)
Syeikh al-Sa’di menafsirkan ‘kecuali yang zahir daripadanya’ pada ayat di atas sebagai pakaian yang zahir, iaitu yang biasa dipakai menurut adat setempat dengan syarat pakaian tersebut tidak membawa kepada timbulnya fitnah. (Lihat Tafsir al-Sa’di, hlm. 566)
Oleh itu, kami berpandangan sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat menekankan soal kekemasan dan kecantikan sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda : إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya :“Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.” [HR Muslim (91)]
Tabarruj (Berlebihan dalam berhias)
Selain itu, perkara yang harus diingat dan diberi perhatian juga bagi seorang wanita itu, adalah hendaklah dia mengelakkan diri daripada bertabarruj. Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-mata (melihat dan menikmatinya). (Lihat Fath al-Qadir, 4/61) Firman Allah SWT : وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى Maksudnya :“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.” (Surah al-Ahzab : 33)
Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam kitabnya bahawa larangan untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki seperti yang dilakukan oleh kaum perempuan pada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/6)
Begitu juga, Imam al-Syaukani ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa al-Tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya yang (sepatutnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian (syahwat) laki-laki. (Lihat Fath al-Qadir, 4/320 )
Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj sebagaimana yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan :
“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 10/62) Maka, kita ketahui bahawa perbuatan bertabarruj itu adalah merupakan kebiasaan wanita jahiliyyah. Demikian juga, kami katakan bahawa termasuk dalam perbuatan tabarruj itu ialah apabila seorang wanita memakai alat-alat solek secara berlebih-lebihan yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian lelaki ajnabi kepadanya dan menimbulkan fitnah. Inilah yang dilarang dan ditegah di dalam agama. Adapun, memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi, maka ia tidak mengapa.
Kesimpulannya Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :
Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Kami berpandangan tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj. Selain itu, perkara tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat).
Lebih-lebih lagi, apabila dia memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain itu sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi. Hal ini kerana Islam sangat mengambil berat soal kekemasan, kebersihan dan kecantikkan.
Walau bagaimanapun, seorang wanita muslimah itu juga mesti ingat bahawa berlebihan dalam berhias bagi seseorang wanita adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja.
Kami akhiri dengan kata-kata Sayyid Qutb sebagai renungan bersama, khususnya buat para wanita di luar sana : “Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah perempuan, iaitu ingin mendapat dan menyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan menunjukkannya kepada kaum lelaki. Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi itu menuju ke arah yang terang, iaitu ke arah suaminya yang tunggal selaku rakan kongsi hidupnya, yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya, yang tidak boleh dipandang oleh orang-orang yang lain darinya (suaminya).” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/2512)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak semalam tular di media sosial perkongsian dari seorang wanita, Nor Sahira yang berkongsi fotonya “berubah menjadi tua” ketika mengandung. Memang jelas dan ketara perubahan wajahnya sehingga nampak lebih berusia dari keadaan sebenarnya.
Dalam catatan perkongsiannya yang menjadi viral hingga mencecah 15K, Nor Sahira berkata kejadian ini berlaku ketika dia mengandung anak ketiga.
Baca perkongsiannya.
Maaf terlalu banyak yang PM tentang gambar yang saya up dekat story. Saya jawab dekat sini yer. Tak larat nak balas satu-satu.
Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke 3 . Muka saya sikit-sikit naik bengkak + sembap + berkedut + hitam . Awak semua terkejut.
Saya berlipat kali ganda terkejut . Tak pernah pembawakan budak seteruk nie. Masa mengandung, hari-hari stress. Nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum tapi dalam hati, hancur lebur .
Tapi lepas bersalin, sikit demi sikit semuaNya hilang. Bengkak mula surut, hidung besar mula elok, kulit makin cerah. Jangan tnya pakai produk ape. Saya tak pakai pape . Yer ramai kata, terlalu berbeza. Macam org tua, macam nenek. Saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya .
Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. SegalaNya dah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yg sentiasa puji sy cantik, walaupun saya tahu sebalikNya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.
Nasihat untuk gadis remaja, bukan semua orang mengandung akan alami simptom begitu. Jangan ada rasa takut untuk berkahwin dan mengandung pula kerana semuanya adalah aturan Allah buat hambaNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lelaki telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, gagal mengimbas kod menggunakan aplikasi MySejahtera. Hal ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar SOP.
Menurut Berita Harian, jumlah sebenar kompaun dikenakan tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan. Kerajaan mewartakan jumlah kesalahan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP sebanyak RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini , susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang dikuatkuas mulai jam 12.01 tengah malam semalam.
Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai. Pindaan ini dibuat bertujuan untuk mengingatkan masyarakat bahawa perang ke atas COVID-19 masih belum berakhir.
Jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kompaun maksimum RM10,000 ini hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan. Sebuah sistem akan dibangunkan untuk mengesan individu yang melakukan kesalahan berulang.
Namun nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.
Oleh itu, jangan sesekali korang tidak menulis nama atau scan aplikasi MySejahtera sebelum masuk kemana-mana premis. Pastikan ibu bapa korang buat perkara yang sama kerana bimbang jika mereka terlupa untuk berbuat demikian.
Tak pasal-pasal nanti melayang pula duit kena bayar kompaun.
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...