Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran buat remaja semua.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang. Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
Ads
Kak Liza antara individu yang sering membantu pelbagai golongan khususnya yang dalam kesusahan
Banyak kehamilan luar nikah terjadi akibat pergaulan bebas. Gambar hiasan
Jelas Kak Liza lagi, selepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook.
“Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
Ads
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat. Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
Ads
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya. “Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih. Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dan isteri bakal menimang cahaya mata yang kelima.
Perkhabaran gembira itu dikongsi isteri tercintnya, Syaheera Rahman di akaun TikTok miliknya selain sempat juga menitipkan doa buat wanita yang menantikan zuriat.
“Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan keterujaan dan ucapan tahniah daripada warganet di atas rezeki yang telah diberikan olehNy.
Selain ada segelintir yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata turut memohon doa agar diberikan rezeki yang sama sepertinya kelak.
“Doakan selepas ini rezeki saya pula,” komen seorang pengguna.
“Doakan saya juga ya. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi Alhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu,” komen juga pengguna lain.
“Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah sahaja selama ini, komen pengguna lain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, dan Ibrahim Jibriel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap orang ada cara tersendiri dan punyai minat yang berbeza-beza. Kalau peminat bunga bercakap-cakap dengan pokok meminta agar pokoknya berbunga, lain halnya dengan peminat tegar bola sepak pasukan Arsenal ini.
Demi memenuhi hobi gilakan pasukan kegemarannya, Awangku Khairil bin Awangku Shamsuddin sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli jersi pasukan kesayangannya itu. Terkini, dalam simpanannya, dia mengumpul 160 helai jersi Arsenal dan menurutnya, kalau tidak kerana banjir besar melanda Melaka beberapa tahun lalu, koleksi jersi pasukan itu sahaja ada lebih 200 helai. Wow.
Koleksi jersi dan barangan Arsenal tersusun rapi di galerinya
Berasal dari Kampung Bunut, Mukah Sarawak dan kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Kolej Teknologi Aplha, terkini, dia telah membina sebuah mini muzium untuk menempatkan keseluruhan koleksi jersinya.
Jom baca kisah pemuda yang punyai hobi gila sebagai collecter jersi ini. Lebih menarik, katanya membelek dan mengubah kedudukan jersinya saban minggu adalah satu cara dia menangani stres yang dialami. Macam-macamkan.
Khairil tak kisah melabur wang membeli barangan Arsenal kerana minat mendalam
“Pada peringkat awal, saya anggap hobi ini sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Saya mula mengumpul jersi secara serius agak lewat kerana dari awal meminati Arsenal, saya lebih banyak mengumpul barangan cenderahati daripada jersi.
“Bermula tahun 2003, saya mulai serius mengumpul jersi pasukan ini. Hingga ke hari ini ada 160 helai. Bukan Arsenal saja tapi banyak jersi kelab seperti Bayern Munich, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan ada beberapa helai jersi negara Jerman.
“Saya kumpul jersi-jersi ini kerana tertarik dengan designnya serta ada di antaranya nampak unik dan sedap mata memandang,” katanya ketika dihubungi.
Terkini, demi barangan kesayangannya itu, Khairil telah membina sebuah mini gallery yang dinamakan “Kiku Arsenal Galleria”.
Inilah Kiku Arsenal Galleria yang menyimpan ratusan jersi dan barangan lain termasuk trofi yang terletak di Sri Sendayan, Nilai
“Saya ada lebih 200 barangan sama ada merchandise serta memorabilia di galeri ini. Dari sekecil pin sehingga sebesar replica trofi Barclays Premier League (BPL) boleh lihat di galeri saya. Terdapat juga buku, majalah, DVD serta lain-lain merchandise Arsenal di sini,” katanya memaklumkan jersi paling rare miliknya ialah koleksi jersi Arsenal bagi tahun 1969. Itu saya dapat dari seorang rakan yang membelinya di kedai cenderahati Arsenal di London dan ia menjadi jersi kesayangan,” katanya.
Ada hobi lagi pelik
Setiap pengumpul jersi ada cara tersendiri. Begitu juga Khairil. Katanya, dalam seminggu, dua atau tiga kali dia mesti belai-belai dan belek jersinya.
Ada juga versi pasukan lain di simpannnya
“Kadang-kadang saya ubah susun atur kedudukannya. Tidak cukup dengan itu, akan dicuci siap bagi pewangi. Ini kerana kebanyakan jersi koleksi, saya sangat sayang untuk memakainya. Kebanyakannya disimpan rapi dalam plastik dan ada juga di antaranya disimpan dalam almari. Begitu juga pelbagai koleksi merchandise di mana saya akan sentiasa mengelap serta memastikan ianya kelihatan baru meskipun ada di antaranya sudah berusia lebih daripada 30 tahun,” katanya memaklumkan tujuan dia membuka Kiku Arsenal Galleria ialah untuk berkongsi minat dengan rakan-rakan yang mempunyai kegemaran yang sama seperti saya.
“Bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk. Saya buka mini galeri ini sebagai sebahagian daripada cara untuk melepaskan stres. Saya ini agak pelik sikit. Bila stres saya suka ubah-ubah susunan dekorasi di galeri.
“ Saya suka belai-belai setiap barang dan memastikan ianya sentiasa terjaga agar tidak berhabuk, rosak dan sebagainya. Sebenarnya galeri saya ini tidak hanya untuk fans Arsenal sahaja. Fans dari kelab atau pasukan lain pun sangat saya alu-alukan. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai pasukan Arsenal serta pasukan kegemaran mereka. Fans dari Liverpool, Manchester United, Barcelona serta fans lain pun pernah datang,” katanya menambah para pengunjung yang datang ke galerinya lebih gemar bergambar bersama replica trofi BPL yang saya kenakan sedikit bayaran sebanyak RM5.00 untuk merakam kenangan bersama trofi tersebut.
Kata Khairil lagi, galeri ini dibukanya setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 pagi hibgga 6.00 petang di No.319, Jalan Nusari Bayu 1/2, Taman Nusari Bayu 1, 71950 Bandar Baru Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Para pengunjung juga boleh mendapatkan info mengenai mini galeri ini menerusi facebook : https://www.facebook.com/KikuArsenal. Masuk adalah percuma.
Sapa yang nak bergambar dengan trofi ini, cuma RM5 bayarannya. Hebatkan kalau dapat pegang trofi yang orang idamkan.
Khairil yang begitu meminati Diego Maradona, Charlie George, Thiery Henry, Robert Pires dan Theodore Walcott. Malah dia juga menyimpul impian mahu menyaksikan pasukan Arsekal bermain secara live jika diizinkan satu hari nanti.
Bagi peminat jersi dan pasukan Arsenal, bolehlah kunjungi brader ni untuk tukar-tukar hobi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini filem lakonan terbaru Aamir Khan, Laal Singh Chaddha yang diadaptasi daripada filem Forest Gymp telah mendapat feedback yang sangat positif daripada pengkritik dan penonton.
Khabarnya, filem ini bukan sahaja menyentuh perasaan malah berjaya memberi inspirasi kepada penonton. Nampaknya, karya Aamir Khan tidak mengecewakan peminatnya. Aamir Khan dilihat sangat berjaya dengan genre sebegini.
Namun, diatas kejayaannya meraih hati peminatnya. Ada berita kurang senang yang diterima penerbit dan pelakon filem Bollywood ini. Aamir Khan dilaporkan berdepan tindakan saman kerana mempunyai unsur hinaan terhadap nama baik pasukan tentera India.
Tindakan undang-undang itu difailkan oleh seorang peguam dari Delhi atas dakwaan tidak menghormati pasukan tentera India, selain Aamir Khan, Kareena Kapoor selaku pelakon utama juga turut menghadapi tindakan tersebut.
Selain itu, beberapa individu lain yang terlibat dengan filem itu juga turut berdepan hukuman yang sama.
Apa yang mencetuskan kemarahan adalah, ada satu babak filem tersebut ada mengandungi sebutan yang agak sensitif dan dianggap sengaja timbulkan kekecohan antara kaum dimana ia bertentangan dengan undang-undang tersebut.
Malah gambaran seseorang yang ada masalah mental dibenarkan masuk menyertai pasukan tentera dalam Perang Kargil juga dikatakan satu fitnah dan menjatuhkan moral.
“Tindakan itu adalah adalah satu fitnah dan menjatuhkan moral kerana mengikut fakta anggota terbaik sahaja dibenarkan menyertai perang.
Mereka akan dikenakan tindakan di bawah kesalahan menyentuh sentimen agama, menghina tentera India, selain mengandungi unsur provokatif yang boleh mengakibatkan kekecohan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...