“Mak Ustazah, Bapa Ustaz Tapi Orang Panggil Saya Syaitan…” Saya Nak Berubah Ustaz!

Share

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang masalah anak remaja sememangnya wajar dibuat iktibar. Senakal mana pun seorang anak andai dididik dengan kasih sayang, sudah pasti mereka akan berubah menjadi seorang anak yang baik.

Luahan hati anak-anak remaja ini adalah “rencam dunia” yang sedang melanda dan  amat wajar bagi ibu bapa menyelidiki anak-anak agar bersama-sama dapat menuju ke syurga Allah.

Baca perkongsian yang ditulis di laman  fbnya..

Sebak tiba-tiba masa lepak-lepak berbual dengan beberapa anak muda remaja ini. Seorang anak 17 tahun mencelah.

Ustaz, saya sebaklah bila ustaz cakap macam ini…air mata dia bergenang. Rambutnya ada warna merah sikit. Saya selalu lawan mak ayah. Saya marah mak ayah sampai baling barang,pecahkan pintu. Pecahkan barang. Saya sedihlah ustaz. Saya dah tak nak jadi macam tu. Ya Allah saya salah…doakan saya ustaz…

Saya terus mengalir air mata. Saya peluk dia kuat-kuat. Rasa sayang padanya. Dia peluk saya menangis..janji dengan saya. Jaga mak ayah dengan baik. Yer ustaz..saya akan jaga mak ayah saya dengan baik..

Jiwa remaja sememangnya penuh dengan pemberontakan dan ada sifat ingin mencuba segalanya – pix hiasan

 

Kawan sebelah pula mencelah. Saya selalu tipu mak ayah saya. Dia orang dah bawa saya pergi umrah. Dekat sana rasa suka solat. Sekarang saya tipu mak ayah. Saya berdiri buat-buat solat. Tapi selalunya saya tak solat. Saya dah 16 tahun ustaz. Apa nak jadi dengan saya…tolong saya ustaz. Saya nak jaga solat..

Saya bangun peluk anak muda tadi. Apa amanah ustaz pada awak…jaga solat wahai anak. Allah akan jaga awak..dia menagis..dia kata baik ustaz saya akan jaga solat kerana ALLAH..

Seorang lagi anak muda walau dari mula dia melunjur kaki pada saya. Buat-buat tunduk macam tidur. Dia menangis peluk saya. Saya selalu balik tengah malam. Saya selalu susahkan mak saya. Ya Allah. Saya tahan air mata saya. Saya dah tak boleh tahan dah..saya tak solat ustaz. Jarang solat. Semalam tinggal semua solat. Selalu macam tu..

Saya sebak..dan peluk dia. Lagi kuat anak muda ini menangis..rambutnya warna perang juga..terima kaseh ustaz..

Remaja sering mencari hiburan dan akhirnya terjerumus ke budaya tidak sihat – pix hiasan

Saya gembira sangat. Seorang lagi menangis. Mak saya ustazah. Orang baik. Ayah ustaz. Orang baik. Orang panggil saya syaitan. Saya jahat ustaz. Semua ilmu saya tahu. Semua kem saya pergi.

Hari ini saya betul-betul nak berubah. Saya rasa sesuatu ustaz. Dia menangis. Saya tak guna langsung ustaz. Hidup saya tak berguna. Beberapa anak muda ini cakap mereka tak guna langsung. Saya peluk mereka kuat-kuat.

Saya kata awak berguna. Awak khalifah Allah. Allah pilih awak Islam. Allah tak salah. Awak semua hasil doa Nabi saw. Awak hebat. Saya jelaous dengan awk semua..

Mereka berpelukan dengan saya. Mereka menangis. Walau cuma berbual santai di bawah khemah. Takde mic. Takde dewan. Selepas malam mereka dan saya jadi seperti keluarga.

Dari siang mereka dengar ceramah duduk belakang jer. Sambil-sambil tak dengar. Tapi bila rapati mereka. Subhanallah luar biasa hati yang sangat cantik indah- 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros