Makan Nasi Bukan Penyebab Gemuk, Dietition Betulkan Pemahaman Salah Selama Ini

Share

Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Antara rahsia kurus ialah tidak sentuh nasi langsung atau mengurangkan pengambilannya. Mereka membanyakkan makan sayur dan buah-buahan ketika proses diet.
Namun benarkah makan nasi boleh mengakibatkan gemuk? Dietition Fizah Sobri yang aktif berkongsi ilmu di fb yang kini bekerja bersama Kementerian Kesihatan Malaysia membetulkan salah faham masyarakat atau mereka yang ingin kurus bahawa makan nasi boleh gemuk. Sebetulnya bukan berapa kali kita ambil nasi tapi lauk sampingan yang berlemak, berminyak dan lain-lain lagi menjadi faktor berat badan bertambah.

Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat.

TOLONG BERHENTI FITNAH NASI

Berat naik, nasi disalahkan
Kencing manis naik, nasi dipulaukan
Kali ni kolesterol pulak nasi difitnah.

SEMUA JENIS NASI/BERAS TIADA KOLESTEROL LANGSUNG 

Meh saya terangkan. Kolesterol vs lemak.
Sama tapi tak serupa
Adik beradik ye…
Makanan ada kolesterol MESTI ADA lemak
Makanan ada lemak TAK SEMSTINYA ada kolesterol

Jika makan sebegini setiap hari, bukan saja gemuk tapi mungkin over weight jadinya.

Perbezaannya

1. Kesannya
– Kolesterol
Jika terlalu tinggi dalam badan ini yang akan sumbatkan salur darah.  Makin lama saluran darah makin sempit dan ini akan menyebabkan stroke.  Kolesterol sebesar kepala jarum peniti dah cukup untuk sumbatkan salur darah tau.

– Lemak
Yang ni pula bukan dalam darah tapi banyak bawah kulit dan dikeliling organ.  Pernah basuh ayamkan? Haaa yang putih putih bawah kulit ayam, keliling hati,jantung tu semua lemak la tu. Makin banyak lemak makin berat organ nak fungsi dengan baik, makin cepat penat.  Ni boleh jadi sakit jantung.

2. Cara nak tahu bacaan
Kolesterol – Hanya melalui ujian darah sahaja. Tidak boleh di scan dengan mesin.

Lemak – Boleh discan dengan mesin

Tu yang jangan mudah percaya dengan roadshow/booth yang kata boleh tau berapa banyak kolesterol anda dengan scan badan sahaja. Tipu na. Nak tahu lemak ye bukan kolesterol..

3. Punca
Kolesterol – hanya datang dari SUMBER HAIWAN SAHAJA (maka santan, minyak, margarin tiada kolesterol).

Lemak – Sumber dari kedua dua SUMBER HAIWAN DAN TUMBUHAN (maka santan,minyak, nasi, dan lain lain ada lemak tapi tiada kolesterol)

Walaupun tiada kolesterol tetapi pengambilan LEMAK TEPU dan LEMAK TRANS yang ada dalam makanan bersantan, berminyak, yang digoreng berulang kali AKAN MENERUKKAN keadaan yang tinggi kolesterol tadi.

Santan ada kolesterol? Tidak tapi TINGGI LEMAK TEPU
Kentang goreng ada kolesterol? Tidak tapi TINGGI LEMAK TRANS

Susu ada kolesterol? Ada sebab punca dari haiwan, tapi ada rendah lemak

Burger ada kolesterol? Ada. Kolesterol ada lemak pun ada.

Bila doktor amik darah bacaan yang dipanggil lipid profile akan tunjuk kadar kolesterol & lemak anda

❎ Total kolesterol (perlu bawah 5.2)
– gabungan LDL dan HDL
❎ LDL kolesterol (bawah 3.36)
– ini jenis kolesterol jahat yang menyumbatkan salur darah dan meningkat risiko sakit jantung. Banyak dari diet.
✅ HDL kolesterol (atas 1.55)
– jenis kolesterol baik yang membawa kolesterol LDL jahat keluar dari badan. Boleh ditingkatkan melalui exercise.
❎ Triglyceride (bawah 1.69)
– jumlah lemak yang ada dalam dalam badan. Banyak datang dari pengambilan karbohidrat serta lemak yang berlebihan
**Maka walaupun banyak makanan karbohidrat datang dari punca tumbuhan dan tidak mengandungi kolesterol tetapi kuantiti yang berlebihan akan bertukar jadi lemak dalam badan dan naikkan bacaan ini
*** nak tahu elok ke tak boleh buat TG to HDL ratio. Contoh bacaan TG 3.0 bahagi dengan HDL 1.55 dapat 1.94 (kita nak bawah 1.33)

Harap harap penjelasan saya ni akan hentikan fitnah terhadap nasi. Lepas ni pandai dah anda nilai sumber mana yang ada kolesterol, sumber mana yang ada lemak. So tolong tolong la jangan cakap nasi ada kolesterol.

Nasi dari SUMBER TUMBUHAN, tiada kolesterol
Kalori dan karobhidrat dalam 1 senduk nasi sama geng dengan
🍞 sekeping roti putih/gandum
🍝 1 senduk meehoon/kuehtow
🥯 3 keping biskut tawar
🥞 1/3 kepong roti capathi/thosei/roti canai

Kalau anda nak elak nasi..elak semua ni sekali..baru betul..nak ke??
Maka jangan elak nasi..
Makan ikut #pinggansihatmalaysia #sukusukuseparuh

Cukupla zat, kurang dah lemak dan puas makan.

Sekian
Dietitian fizah sobri

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros