Makan Nasi Putih Dengan Kicap Di Korea Selatan, Alif Muhaimin Kongsi Pengalaman Kerja Ikut Ejen Semasa Cuti Semester

Share

Khas untuk menyambut followers program Hero Remaja 2017 yang berakhir Oktober tahun lepas, kami telah menerbitkan isu khas Majalah Remaja untuk para kolektor. Dan tentunya, pemenang Alif Muhaimin diletakkan sebagai penghias cover isu Januari.

 

Klik: “Dan Gelaran Hero Remaja Jatuh Kepada..”

 

Semasa Hero Remaja ditayangkan di TV, ramai yang mudah mengecam muka Alif kerana behaviour-nya yang mudah senyum. Bila baca caption gambar di Instagram Alif pun, korang akan dapat rasakan yang dia seorang yang mudah mesra.

Namun, apa yang ramai followers Alif  tidak tahu adalah dia pernah struggle untuk mencari wang lebih sehingga 3 bulan membawa diri ke Korea Selatan.

Sebelum saya masuk belajar pada awal tahun lepas, saya memang teringin nak cari duit lebih. Nak tolong parents, sambil tu nak cari duit untuk saya belanja masa masuk semester nanti.

Kawan cadangkan untuk ke Australia atau Korea Selatan kerana nilai mata wangnya yang hampir 4 kali ganda.

Tanpa visa pekerja, akhirnya kami ke Korea Selatan menggunakan visa pelancong. Kiranya jadi pendatang asing dan kerja senyap-senyap.

 

ITAEWON

Masa tu bulan November 2016, kami berjumpa dengan ejen di Itaewon, Seoul. Nak ke sana, saya perlu menaiki kereta api, bas dan berjalan sedikit sebelum jumpa dengan ejen.

Saya mulakan dengan tugas memunggah barang dalam kotak dari trak atau lori. Waktu kerja memang mencabar. Selama 15 jam dari pukul 8 malam sehingga 11 pagi, saya habiskan 3 minggu melakukan kerja ini.

Sepanjang 3 minggu tu, gaji saya dan 8 lagi pekerja dari Malaysia telah ditahan. Kononnya nak dibayar secara lump sum (pukal) tapi macam mana kami nak tahan tak makan tanpa gaji?

So kami decide untuk blah ke Chungju dan kerja di sebuah kilang kimchi. 3 jam juga perjalanan dari Itaewon ke sana kerana kedua-duanya ialah negeri berbeza.

 

CHUNGJU

Di situ, saya bekerja memotong dan memijak sayur untuk diawetkan sebagai kimchi.

Tiada waktu rehat langsung kerana saya perlu bekerja 7 hari berturut-turut. Memang penat tapi bayaran di sini berdasarkan waktu kerja dan kami dibayar setiap hari. Lagi banyak kerja, lagi banyak duit yang masuk. Ada kawan yang lain dah tak larat dan tiada tenaga.

Masuk hari kelapan, kilang diisytihar tutup kerana salji mulai turun. Saya pun belanjalah kawan lain makan kerana meraka tak cukup hari bekerja. Di sini, saya adalah dapat kumpul 400,000 won iaitu lebih kurang RM1,600.

 

ANSEONG

Oleh kerana kilang tutup, kami bertolak ke Anseong di mana saya bekerja di sebuah kilang aluminium selama sebulan. Ini adalah tempat kerja ketiga dan terakhir saya kerana kerja yang diberi memang berat gila. Sehinggakan ramai kawan saya yang turun berat badan.

Habis sebulan, saya mendapat bayaran sebanyak 900,000 won, kurang setengah daripada jumlah yang dijanjikan iaitu 2 juta won. Memang kena tipulah jawabnya. Tapi nak buat macam mana, ramai lagi yang menanti untuk diberi kerja seperti ini. Jadi saya gigihkan juga untuk terima bayaran itu.

Sampai cedera tangan Alif kerana perlu memikul keluli aluminium.

 

PERSEDIAAN SEBELUM KE SANA

Hanya dengan mendengar story daripada Alif ini, kami sendiri dapat rasakan kepayahan jika nak mencari duit dengan bekerja sebagai pendatang asing. Mata wang memanglah masyuk, tapi sebelum pergi lebih baik korang lakukan persediaan secukupnya.

Sebelum ke sana, saya pastikan dulu pasport dan cuba untuk belajar beberapa ayat penting dalam bahasa Korea.

Bagi saya, jangan pergi seorang diri. At least perlu cari seorang kawan untuk ikut sama agar ada orang yang boleh back up.

Di sana, kalau ada apa-apa masalah, pergi je ke masjid yang ada kerana masyarakat Muslim di sana memang friendly dan akan cuba membantu setakat yang mampu. Contohnya, kalau tiada duit untuk makan, insyaAllah di masjid mereka akan sediakan makanan.

Setakat makan nasi putih dengan garam, telur atau kicap tu, biasalah. Kami pun pernah menambah tepung dalam bancuhan telur dan goreng. Bagi gambaran telur tu banyak dan cukup untuk semua makan.

Jadi korang kena lakukan persediaan mental dan jangan harapkan hidup mewah jika hanya berstatuskan pendatang asing. Study siapa ejen di sana sebelum terbang ke Korea Selatan kerana ramai yang telah tertipu bulat-bulat, lebih teruk daripada saya.

Paling penting, dapatkan restu keluarga sebelum ke sana. Ibu saya sendiri pada mulanya tak apprive dengan plan saya ini. Tapi bila memikirkan saya nak membantu keluarga, dia relakan juga.

 

Foto: Alif Muhaimin

Published by
FZ