Setelah sekian lamanya, pusat pelancongan tanah tinggi popular, Cameron Highlands akhirnya bakal menerima pembukaan cawangan McDonald’s pertamanya.
Untuk pengetahuan, selama ini, lokasi paling hampir dengan Cameron Highland’s yang memiliki McDonald’s adalah di Tanah Rata yang turut menempatkan beberapa lagi restoran makanan segera lain seperti Marrybrown. Manakala, cawangan KFC paling hampir pula adalah di Brincang.
Justeru, ramai yang menanti-nantikan cawangan ini. Dipercayai terletak di Pekan Brinchang, ia masih dalam fasa pembinaan sebelum dijangka bakal dibuka dalam masa beberapa bulan lagi.
Biarpun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai cawangan ini di media sosial McDonald’s Malaysia, nampaknya foto yang kini tular dari akaun Facebook Penang Kini menunjukkan betapa masyarakat di sana serta bakal pelancong tidak sabar lagi untuk mengunjungi.
Ada yang mencadangkan agar pelanggan kelak cuba mencicah kentang goreng bersama jem strawberi asli yang dibeli di kedai dekat Cameron Highlands.
Malah ada juga yang memberi cadangan agar menu istimewa seperti burger strawberi, bubur cendawan mahupun smoothie teh o diperkenalkan di sana agar lebih ramai yang tertarik untuk mendapatkan menu ‘rare’ tersebut.
Apa pendapat korang, teruja tak dengan perkembangan terbaru ini?
Ataupun korang merasakan tiada apa pun yang harus ditularkan memandangkan banyak lagi cawangan McDonald’s di pekan besar?
Apa jua pendapat korang, penulis berharap agar ada sesuatu yang istimewa menanti pelanggan di sini. Contohnya, ingat lagi tak bagaimana McDonald’s telah melakukan sesuatu yang istimewa untuk satu cawangannya di Negeri Sembilan tahun lalu?
ARTIKEL BERKAITAN: Truly Malaysian, McDonald’s Bina Restoran Berbumbung Ala Tradisional Negeri Sembilan – REMAJA