Makanan Sedap Kerana Mata? Doktor Ini Saran Guna Pinggan Merah Bagi Yang Ingin Kurus

Share

Lepas lihat perubahan Datuk Rina Harun baru-baru ni semua orang pasang niat nak kurus. Betul tak?

Hanya hanya untuk kelihatan cantik, amalan gaya hidup sihat  boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Tapi kalau mulut asyik ‘mengunyah’ je, memang sampai ke tua agaknya angat-angan korang tu.

BACA : Makin Langsing, Perubahan Fizikal Datuk Rina Harun Curi Perhatian Netizen

Jadi buat korang yang dalam proses ingin mengurangkan berat badan.  Penjelasan daripada Dr Rizal Abu Bakar tentang perbezaan warna pinggan mempengaruhi cara makan seseorang ini mungkin membantu.

Kalau korang perasan la kan semua kedai makan atau restaurant akan mengunakan pinggan putih. Betul tak?

Tahu tak apa sebabnya?

Jawapannya : 

Soalan ini dikaji oleh Oxford University. Soalan lain mereka tanya ialah manusia makan kerana bau, rasa atau apa? Mereka terbitkan kajian dalam jurnal saintifik Appetite.

Bila mereka kaji mereka berjumpa dengan jawapan yang sangat menarik. Bila guna pinggan putih, orang makan banyak. Mereka kata makanan sedap.

Bila makanan sama diletak dalam pinggan warna merah, mereka makan sikit. Mereka kata kurang sedap. Menarik bukan?

Ini contoh bagaimana manusia membeli dengan mata. Makanan sedap kerana mata. Bukan lidah. Bukan bau.

Apa yang boleh kita belajar?

1. Cuba semak pinggan kat rumah. Warna apa? Kalau nak kurangkan makan, gunalah pinggan warna merah.

2. Kalau anda orang bisnes, pastikan anda guna warna putih, bersih, murni warnanya. Lebih sedap makanan anda.

3. Kalau nak menang hati pasangan, serve dengan pinggan putih. Cawan pun putih. Makanan dan minuman jadi sedap. Lepas tu baru cakap yang anda mahu cakap.

Biasanya hajat lebih mudah dapat dan ditunaikan.
.
Ini contoh powernya research dalam bidang neuromarketing. Bukan saja bagus untuk bisnes. Malah boleh diguna dalam rumahtangga.

Tip menarik ni, harapnya tak sold out la pinggan merah ni dekat pasaraya…hehe

Sumber: Dr Rizal Abu bakar

 

Published by
Nana