Ramai ibu bapa yang bekerja hari ini demi sebuah kelangsungan keluarga. Ada ketika mereka memang tidak sempat membuat bekal untuk sarapan anak kerana perlu berkejar ke tempat kerja.
Anak-anak biasanya diberi duit belanja untuk berbelanja ketika rehat. Tapi apa yang bakal didedahkan oleh bekas tukang masak kantin sekolah ini sangat mengejutkan. Mungkin boleh buat hati mak ayah hancur apabila mengetahui kebenarannya.
Biar hanya 10 hari bekerja sebagai tukang masak kantin, dia mendakwa, anak-anak yang dipilih mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT), diberi nasi basi yang dicampur kicap banyak-banyak dihidangkan untuk sarapan mereka.
Lebih mengejutkan, sosej, nugget dan kentang dari jenama paling murah dijual untuk anak-anak. sesuatu yang sangat mengejutkan. Itu belum lagi isu terlalu banyak aji no moto diletak sebagai perisa makanan bagi menambah lazat.
Ternyata penguasaha kantin yang tamak mahu mengaut untung berlebihan perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah, pihak PIBG dan Kementerian Pendidikan bagi menangani isu yang serius ini.
Baca kisah pendedahan dari bekas pekerja kantin ini yang berkongsi di facebook miliknya, As MamaHasnur
Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.
Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.
Nasi goreng – nasi lebihan semalam + nasi lemak lebihan semalam yang dah basi.
“Kak, dah basi tu.. kenapa campur?” saya cuba.
” Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak.Habis juga” katanya.
Astaghfirullah..
Mee goreng – dari plastik terus masuk kuali.
” Tak basuh dulu? Pahit nanti” saya cuba lagi.
“Letaklah kicap manis banyak-banyak.Oklah nanti” – katanya lagi.
Hmm…
Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru.
Saya masak macam masak untuk keluarga.
Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan.
Hati puas dan tenang.
Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng ‘campur’ dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan).
Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.
Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat.
Saya juga lihat,nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.
Kalau semuanya murah,jual murah juga ke?
Eh,taklah!
Harga sama macam di luar juga.
Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.
Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?
” Mestilah boleh,sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang,paling laku dan paling banyak untung!” – katanya.
Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.
Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah.
Keluarga kenyang ,terjamin dan jimat.
In sha Allah
Carian Remaja berkaitan mendapati Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ada membuat satu garis panduan apa makanan dibenar jual dan tidak di kantin sekolah.
Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti:
Makanan yang melampaui tarikh luput.
Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
Gula-gula dan coklat.
Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk bawang.
Makanan ringan dan minuman yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan, kecuali susu berperisa.
Makanan dan minuman yang beralkohol.
Mi segera.
Konfeksi ais dan ais krim.
Teh dan kopi.
Minuman berperisa berkarbonat.
Makanan yang berkrim atau bersalut gula.
Makanan diproses seperti daging burger, sosej dan nugget