Watak animasi komedi kesayangan ramai, Gru, para minion dan anak-anak perempuannya kembali ke pawagam dalam pengembaraan yang lebih mengasyikkan.

Kata orang, tidak lengkaplah jika tiada cabaran baru dalam filem Despicable Me 4 yang akan mula ditayangkan 4 Julai ini.

Makhluk Kuning Buat Kecoh Lagi! Kembara Gru & Minion Dalam Despicable Me 4 Ubati Rindu Penonton

Ketika Despicable Me menemui penonton pada tahun 2010, dunia diperkenalkan dengan Gru dan tiga gadis yang menawan hati semua penonton: Margot, Edith, dan Agnès. Kita juga diperkenalkan dengan Minion; makhluk kuning kecil bercakap dengan bahasa celaru tetapi menghiburkan yang telah menambat hati penonton di seluruh dunia.

Tidak lama selepas itu, dua lagi filem Despicable Me yakni Despicable Me 2 & Despicable Me 3 pula mengiringi filem asal tersebut pada tahun 2013 dan 2017 diikuti dua filem spin-off yang menampilkan Minion dalam Minions (2015) dan Minions The Rise of Gru (2022).

Makhluk Kuning Buat Kecoh Lagi! Kembara Gru & Minion Dalam Despicable Me 4 Ubati Rindu Penonton

Sebagai sekuel ketiganya, Despicable Me 4 menampilkan Maxime Le Mal, seorang penjenayah yang sangat obses dengan lipas dan watak ini bakal menguji kekuatan keluarga Gru dengan rancangannya yang tidak disangka-sangka.

IKLAN

Sepanjang sejam tiga puluh empat minit filem ini ditayangkan, penonton tetap akan terhibur dengan karakter dan bahan humor yang sudah sinonim dengan francais filem Despicable Me terutamanya karakter Gru yang disuarakan oleh Steve Carell.

Watak anak Gru dan Lucy, Gru Jr. yang mesra dengan panggilan Junior serta tiga anak angkat perempuan mereka, Margo Edith dan Agnes juga memastikan gelak tawa dengan pelbagai ‘perangai’ dalam alam persekolahan mereka.

Namun bagi pendapat REMAJA, apa yang menjadikan Despicable Me 4 berbeza daripada instalasi filem-filem sebelum ini adalah villain terbarunya, Maxime Le Mal yang disuarakan oleh Will Ferrelle. Ia merupakan salah satu karakter paling pelik dan sikap yang berbeza daripada para villain yang pernah menemui Gru serta Minions.

IKLAN

Sekadar info, Despicable Me telah menjadi salah satu siri filem animasi paling ikonik sejak kemunculan awalnya pada 2010. Filem ini telah menayangkan banyak filem sekuel sehingga mampu menarik perhatian penonton seluruh dunia sehingga ada yang mencipta pelbagai meme popular di internet!

Wayang Remaja : Despicable Me 4

REMAJA ingin tiket kepada followers kami untuk tayangan perdana filem Despicable Me 4 pada:

Tarikh : 29 Jun 2024 (Sabtu)

IKLAN

Lokasi : Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley Megamall

Masa : 2.50pm (Waktu penebusan tiket bermula jam 2.00pm – 2.50pm. Kaunter akan ditutup pada 3.00pm)

Apa yang perlu korang lakukan untuk menang adalah dengan mengisi slogan ini secara kreatif di bahagian komen Instagram atau Facebook dan tag dua lagi rakan anda.

“Saya rindukan Despicable Me kerana…”

Setiap pemenang akan diberikan 3 tiket bagi menonton filem Despicable Me 4.

All the best!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI